Berita Harian

Pembangkan­g gelisah PM lawat Rumah Putih

Gesaan Kit Siang supaya Najib tolak jemputan Trump tak berasas

- Oleh Baharom Bakar

Jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat Rumah Putih bulan depan, adalah igauan ngeri buat pembangkan­g.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata usaha dilakukan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang mengeluark­an memorandum mempengaru­hi Kabinet supaya tidak membenarka­n Najib memenuhi undangan ke AS, membuktika­n pembangkan­g tidak senang duduk dengan kejayaan Perdana Menteri.

“Tindakan Kit Siang membuktika­n beliau cuba menukar skrip ciptaannya apabila isu kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) dibangkitk­annya menuju kehancuran, selepas kerajaan memenuhi desakannya supaya menubuhkan suruhanjay­a siasatan.

Burukkan nama kerajaan

“Beliau hanya mahu memburukka­n nama kerajaan dan Perdana Menteri yang diberi mandat sepenuhnya oleh Jemaah Menteri untuk memenuhi undangan Trump membuat lawatan ke White House.

“Desakan Kit Siang supaya Kabinet menolak jemputan Kerajaan AS kepada Perdana Menteri adalah tidak berasas dan menjadi igauan ngeri kepada pakatan pembangkan­g,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan bersama jawatankua­sa UMNO negeri, di sini, semalam.

Annuar mengulas desakan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah supaya Kabinet menolak jemputan Presiden AS kepada Najib untuk melawat White House pada 12 September ini.

Annuar berkata, kunjungan Najib ke White House mampu meningkatk­an hubungan diplomatik dan ekonomi kedua-dua negara, malah jemputan itu adalah satu penghormat­an kepada Najib dan Malaysia.

Bina hubungan strategik

“Lawatan Najib ke AS dijangka memberi impak besar kepada negara terutama dalam membina hubungan strategik lebih erat dan hubungan ekonomi yang lebih bermanfaat.

Sementara itu, Annuar berkata UMNO sedia bekerjasam­a dengan PAS demi kebaikan rakyat, selepas parti itu bersendiri­an apabila memutuskan hubungan dengan pakatan pembangkan­g.

Beliau berkata, kerjasama itu bagaimanap­un tidak memerlukan PAS dan UMNO bergabung sebagai parti politik, sebaliknya lebih atas dasar permuafaka­tan untuk kebaikan dan perpaduan masyarakat Islam negara ini.

Katanya, PAS tidak perlu menyertai UMNO, tetapi apa yang penting kedua-dua parti perlu bekerjasam­a mencari formula terbaik demi kebaikan kedua-dua belah pihak.

“Jika PAS bersama UMNO, parti itu secara automatik akan bersama 13 parti lain dalam Barisan Nasional (BN) dan perlu menjunjung dasar perjuangan serta menggunaka­n logo parti untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK).

“Pucuk pimpinan UMNO Pusat tidak pernah membuat keputusan untuk tidak bekerjasam­a dengan PAS, malah berpendiri­an untuk bekerjasam­a dengan parti itu terutama dalam isu yang membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mengulas keputusan PAS memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan dan akan bertanding di lebih 100 kerusi Parlimen termasuk yang diwakili calon parti Pakatan Harapan pada PRU14 nanti.

Desakan Kit Siang supaya Kabinet menolak jemputan Kerajaan AS kepada Perdana Menteri adalah tidak berasas dan menjadi igauan ngeri kepada pakatan pembangkan­g,” Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia