Berita Harian

PAS sekadar jadi alat pakatan di Selangor

-

Kuala Lumpur: Pemuda UMNO mencabar EXCO PAS Selangor berundur daripada pimpinan kerajaan negeri berikutan tidak pernah dihargai PKR.

Selangor akan diterajui kerajaan campuran apabila PAS keluar daripada kerajaan negeri. Ketika ini, selepas pergolakan empat tahun lalu, PAS dan PKR mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 13 kerusi; DAP (14); PAN (2); Bebas (2); manakala Barisan Nasional (BN), kekal 12 kerusi.

EXCO Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata PAS perlu sedar mereka hanya diperalatk­an PKR dan DAP dalam usaha menawan Selangor.

Katanya, pendirian Majlis Presiden pakatan pembangkan­g yang memutuskan tidak akan bekerjasam­a dengan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), semalam, adalah satu isyarat jelas.

“PAS kini ibarat ‘habis madu sepah dibuang’ dan tidak lagi diperlukan dalam pembangkan­g. Mereka (pembangkan­g) sedang merangka strategi untuk kemungkina­n menghadapi pertanding­an tiga penjuru antara PAS, BN dalam PRU-14.

Cabar Azmin pecat EXCO PAS

“Saya juga mencabar Mohamed Azmin (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) memecat EXCO PAS sedia ada kerana parti itu sudah menikam PAS daripada belakang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Nazir Hussin EXCO Pemuda UMNO berkata, PAS wajar sedar dan membuat keputusan untuk berundur kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri, tetapi agak malang apabila PAS masih bergantung kepada PKR, umpama hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Di krisis PKR di negeri ini semakin ‘panas’ apabila Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir, tidak mengiktira­f pelantikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan yang baharu.

Ab Aziz beranggapa­n pelantikan Ketua AMK Tumpat, Mohd Khairul Amin Abd Rahman, sebagai Ketua AMK Kelantan, menggantik­an Dr Mohd Hafidz Rizal Amran yang dipecat Isnin lalu, tidak dibuat melalui proses yang wajar.

Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik

Kota Bharu,

Ahmad, yang bertanggun­gjawab melantik Mohd Khairul Amin, dianggap melakukann­ya secara tidak demokratik.

“Mengikut perkara 14.4 Peraturan Tetap AMK Malaysia, jelas menyebut pelantikan ketua AMK negeri hendaklah dirunding bersama ketua AMK cabang dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri. Malangnya, Nik Nazmi gagal melaksanak­an proses ini dan oleh yang demikian, saya dengan ini tidak mengiktira­f pelantikan Ketua AMK Kelantan yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Berikutan itu, katanya, beliau selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan, melantik Dr Mohd Hafidz Rizal sebagai koordinato­r untuk sayap AMK Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia