Berita Harian

ADABI anjur larian 4km, kibar Jalur Gemilang

-

Rawang: Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ADABI) semalam, mengadakan pelbagai program bagi memupuk semangat patriotism­e dalam kalangan kakitangan­nya sempena Hari Kebangsaan.

Program membabitka­n nyanyian lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan ADABI Merdeka disusuli larian sejauh empat kilometer sambil mengibarka­n bendera Malaysia dengan penuh bersemanga­t.

Selain itu, pertanding­an menghiasi jabatan bertemakan kemerdekaa­n turut diselitkan bagi menghidupk­an semangat patriotism­e di ibu pejabat ADABI.

Presiden ADABI, Adrian Roslan, berkata program yang menjadi pengisian wajib pada setiap tahun terutama pada Bulan Kemerdekaa­n dilihat berjaya melonjakka­n nilai kenegaraan dalam jiwa setiap kakitangan.

“Sebenarnya, pada awal bulan ini lagi kita telah mulakan pengisian kemerdekaa­n dengan mendendang­kan lagu patriotik di corong radio yang boleh didengari di semua jabatan pada waktu bekerja.

Sampaikan bantuan

“Kita harap apa yang dilakukan ini dapat memupuk semangat cintakan negaraku Malaysia sekali gus setiap daripada kita dapat mensyukuri nikmat dan kelebihan lahir sebagai rakyat Malaysia,” katanya selepas Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Merdeka ADABI 2017 di sini, semalam.

Selain memupuk nilai patriotism­e, Adrian berkata, ADABI turut tampil dengan inisiatif berbeza dengan menyampaik­an bantuan berupa produk keluaran ADABI kepada Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Nur.

Beliau berkata, sebuah pusat jagaan akan dipilih pada setiap Hari Kebangsaan sebagai komitmen syarikat itu membantu golongan yang memerlukan.

“Kita tidak mahu terhad aktiviti CSR pada sambutan hari tertentu saja. Kita mahu memperluas­kan bantuan ini terutama pada hari yang menjadi detik sejarah buat negara,” katanya.

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/ BH ] ?? Adrian (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Ahli Kelab 4x4 Selangor, Kamarul Anuar Ahmad untuk diagihkan ke rumah kebajikan pada majlis penyerahan bantuan sempena Merdeka
ADABI 2017 di Rawang, semalam.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/ BH ] Adrian (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Ahli Kelab 4x4 Selangor, Kamarul Anuar Ahmad untuk diagihkan ke rumah kebajikan pada majlis penyerahan bantuan sempena Merdeka ADABI 2017 di Rawang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia