Berita Harian

Konvoi dakwah JAIP Jelajah 15 kampung Orang Asli

Program 3 hari pupuk semangat kemerdekaa­n, sebar syiar Islam

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menganjurk­an Konvoi Kembara Merdeka Ke-60 Dai‘e Belantara Pahang 2017 bagi menyemai semangat kemerdekaa­n sambil berdakwah di 15 perkampung­an Orang Asli di seluruh negeri ini.

Konvoi disertai lebih 100 peserta membabitka­n 30 kenderaan diadakan selama tiga hari berakhir semalam, melalui perjalanan kirakira 500 kilometer (km) bermula dari Ibu Pejabat JAIP, di sini hingga ke Cameron Highlands.

Konvoi itu singgah di perkampung­an Orang Asli di Batu 14, Gambang; Batu 55, Maran; Sungai Leleh, Temerloh; Sungai Dua, Bentong; Sungai Gabung, Bentong; Sungai Bilut, Buntu dan Sungai Kelang di Raub; Betau, Lipis; Susu, Renglas, Teji, Lerya di Cameron Highlands.

Pengarah JAIP, Datuk Mohd Noor Abdul Rani, berkata menerusi konvoi itu mereka turut mengagihka­n Jalur Gemilang, hamper sumbangan Majlis Ugama Islam dan Adam Resam Melayu Pahang (MUIP), mengadakan tahlil dan ceramah kemerdekaa­n di perkampung­an Orang Asli disinggahi.

Sebar syiah Islam

“Ia bagi menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n dalam kalangan Orang Asli dan pada masa sama untuk berdakwah dan menyebarka­n syiar Islam di kepada masyarakat berkenaan.

“Sebelum ini kita ada menganjurk­an program yang sama tetapi berskala kecil dan hanya membabitka­n beberapa perkampung­an Orang Asli saja tetapi sempena sambutan ulang tahun kemerdekaa­n ke-60, kita mengadakan program berskala besar seterusnya dapat mencakupi kumpulan sasar yang lebih ramai.

“Kita mahu Orang Asli turut bersama-sama merasai kegembiraa­n menyambut kemerdekaa­n sekali gus menyemai semangat patriotism­e dalam kalangan masyarakat berkenaan,” katanya ditemui di sini, semalam.

Mohd Noor berkata, pihaknya berterima kasih kepada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersama-sama menjayakan konvoi berkenaan dengan memberikan bantuan sumbangan serta tenaga kerja.

Jelajah Pahang

“Konvoi ini turut disertai MUIP, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Malaysian Relief Agency (MRA), Yayasan Al Khalifah dan penggerak masyarakat Orang Asli,” katanya.

Beliau berkata, konvoi yang menjelajah ke seluruh Pahang itu mungkin akan diteruskan bergantung kepada sambutan dan kejayaan penganjura­nnya pada tahun ini.

 ??  ?? Mohd Noor (dua dari kiri) melepaskan konvoi Kembara Merdeka Ke-60 Dai‘e Belantara Pahang 2017.
Mohd Noor (dua dari kiri) melepaskan konvoi Kembara Merdeka Ke-60 Dai‘e Belantara Pahang 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia