Berita Harian

Tunjuk kopi WONDA dapat tol percuma di NPE

Kerjasama dengan Lebuhraya Baru Pantai sebagai penghargaa­n atas sokongan penggemar kopi

- Oleh Yusra Adibah Zakaria

WONDA Coffee, antara jenama kopi segera terkemuka Malaysia, bekerjasam­a dengan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dengan memberikan laluan percuma kepada 20,000 pengguna.

Menerusi tawaran itu, sempena Hari Kopi WONDA Antarabang­sa, pengguna NPE di Plaza Tol Pantai Dalam Timur dan Barat pada Isnin dan Selasa lalu perlu menunjukka­n tin kopi WONDA untuk mendapat laluan percuma.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuba­n T Sundram, berkata kerjasama WONDA dan Lebuhraya NPE adalah sebagai tanda penghargaa­n atas sokongan berterusan daripada penggemar kopi WONDA.

Pengemar kopi

“Kami sentiasa berusaha mencari kaedah yang berbeza untuk memasar dan mendekati pelanggan. Menerusi kempen ini kami berharap dapat memberi kegembiraa­n kepada penggemar kopi WONDA,” katanya.

Sementara itu, bagi penggemar kopi WONDA, Ng Cheng Wee, tol percuma itu dapat menjimatka­n perbelanja­an hariannya.

“Dengan tol percuma ini saya dapat mengurangk­an perbelanja­an dan digunakan untuk keperluan lain,” katanya.

Bagi Farah Azmi pula, tawaran tol percuma itu benar-benar menceriaka­n harinya.

“Ia adalah kejutan yang menggembir­akan sekali gus menjadikan hari saya lebih ceria,” katanya.

Walaupun tol percuma di NPE sudah berakhir, penggemar kopi WONDA masih boleh menikmati pelbagai tawaran lain seperti di Kedai Mesra PETRONAS, pawagam TGV, Shell Select, 7 Eleven, KK Mart dan Grab hingga 1 September ini.

Di premis Domino’s Pizza pula, pembelian pizza berharga RM33 ke atas melayakkan pengguna mendapat dua tin kopi WONDA dan tawaran itu berlangsun­g hingga 10 September ini.

 ??  ?? Sebahagian pengguna beratur di lorong kopi Wonda bagi mendapatka­n laluan percuma di tol NPE.
Sebahagian pengguna beratur di lorong kopi Wonda bagi mendapatka­n laluan percuma di tol NPE.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia