Berita Harian

PTPTN prihatin nasib waris peminjam meninggal

-

Pasir Puteh: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah memberi pinjaman berjumlah RM50.41 bilion kepada 2.17 juta peminjam sehingga 31 Julai lalu.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop, berkata bagi tempoh itu juga, seramai 7,127 peminjam menikmati manfaat perlindung­an takaful dengan jumlah RM115.98 juta.

“Sehingga 31 Julai lalu, PTPTN sudah menyerahka­n tuntutan khairat kematian kepada 6,463 penuntut atau waris dengan jumlah RM8.08 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sijil Pelepasan Hutang dan Manfaat Takaful Pinjaman PTPTN kepada keluarga Allahyarha­m Nurnasibah Husna Ibrahim, di Taman Firdaus Kampung Alur Pasir di sini, semalam.

Nurnasibah Husna, peminjam PTPTN yang juga mahasiswa program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS), meninggal dunia pada tragedi bot terbalik di muara Kuala Besut, Terengganu, pada 8 Ogos lalu.

Surat pelepasan

Ibu bapanya, Ibrahim Kadir, 51 dan Rosnani Abdullah, 46, menerima surat pelepasan pinjaman PTPTN berjumlah RM2,398.32 dan juga serahan RM1,500 untuk khairat kematian.

Abdul Ghaffar berkata, PTPTN sentiasa memikirkan kebajikan setiap peminjamny­a yang meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal, selain meringanka­n beban waris atau keluarga mangsa.

Katanya, waris boleh memaklumka­n kepada PTPTN di setiap negeri atau cawangan bagi urusan sebarang tuntutan yang disediakan.

“Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN dilindungi perlindung­an takaful berkelompo­k, yang boleh dituntut oleh waris atau ahli keluarga mangsa dengan mengisi borang khas disediakan,” katanya.

 ?? [FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] ?? Abdul Ghaffar (kanan) menyerahka­n sijil pelepasan hutang PTPTN dan Manfaat Takaful kepada Ibrahim di Alor Pasir, Pasir Mas, semalam.
[FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] Abdul Ghaffar (kanan) menyerahka­n sijil pelepasan hutang PTPTN dan Manfaat Takaful kepada Ibrahim di Alor Pasir, Pasir Mas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia