Berita Harian

Teruskan kehidupan selepas berpisah

Pelbagai perkara perlu diambil tahu untuk elak masalah keluarga

-

Ajal dan maut di tangan Allah. Sebagai manusia kita seharusnya berserah pada suratan takdir yang ditentukan.

Sebagai langkah akhir selepas usaha berdamai menemui jalan buntu, perceraian adalah keputusann­ya. Ia tidak seharus menjadi titik noktah dalam perhubunga­n khu- susnya dengan anak-anak.

Diandaikan setiap pasangan bercerai memiliki dua anak, jumlah anak hasil perceraian ibubapa boleh menjangkau enam angka.

Apabila perceraian, beri kesan kepada semua pihak iaitu anak dan kedua ibuba- pa. Mengelak perbalahan, berikut antara perkara perlu anda ambil tahu. Lepaskan isteri dengan cara terhormat sebagai mana sewaktu meminang dulu. Begitu juga, hormati bekas mentua anda sungguhpun antara anda berdua sudah tidak ada ikatan.

Sekiranya bersedih, bekas pasangan anda juga ada perasaan sama. Tempoh masa tiga bulan masih ada untuk anda berdua rujuk semula sebagai pasangan suami isteri tanpa perlu bernikah semula.

Bagi suami, selama waktu edah itu menjadi tanggungja­wab suami yang menceraika­n isterinya untuk memberi nafkah kepadanya. Ia dikenali sebagai ‘nafkah edah’. Pasangan perlu tahu mengenai hadanah atau hak jagaan anak. Ia bertujuan mengelakka­n berlaku pertelingk­ahan atau menuntut anak. Selalunya ia membabitka­n anak kecil, yang belum boleh berdikari.

Perebutan mendapatka­n hak penjagaan ke atas anak bagi pasangan yang bercerai tidak akan berlaku sekiranya pasangan faham hak dan tanggungja­wab masing-masing.

Setiap kejadian ada hikmahnya. Elakkan menyimpan dendam dan marah kepada pasangan lantas dilepaskan terhadap anak yang tidak berdosa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia