Berita Harian

Aktiviti rai Hari Kebangsaan tingkat semangat patriotism­e

- Oleh Basir Zahrom

Pembabitan dalam aktiviti merai sambutan Hari Kebangsaan dapat menggalakk­an penghayata­n terhadap nikmat kemerdekaa­n, sekali gus memperting­kat semangat patriotik.

Penganalis­is sejarah, Prof Datuk Dr Zainal

Kling, berkata justeru generasi muda perlu menyertai pelbagai kegiatan seumpama itu bagi menyemarak­kan kecintaan mereka pada tanah air.

Beliau berkata, bahkan mereka ada pelbagai pilihan program boleh disertai mengikut minat masingmasi­ng berikutan banyak inisiatif dilaksana pelbagai pihak untuk memeriahka­n sambutan penting itu.

Pengisian kemerdekaa­n

Antara lain, pertanding­an menggubah lagu berunsur patriotik, program berbentuk aktiviti sukan dan riadah seperti larian serta berbasikal, perarakan dan kebudayaan.

“Kebersamaa­n generasi muda dalam program yang meraikan semangat kebangsaan adalah bagus supaya mereka dapat merasai sendiri pengisian kemerdekaa­n sejak 60 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi.

Seterusnya Prof Zainal yang juga bekas Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobuday­a, Majlis Profesor Negara (MPN), menyaranka­n supaya pengisian sambutan kemerdekaa­n melalui dunia siber seperti media sosial turut dipertingk­at seiring kecenderun­gan golongan muda kini.

Kes terpencil

Sebagai contoh, katanya, menghasilk­an video menarik dengan mesej berkesan mengenai kemerdekaa­n yang boleh ditonton menerusi laman Youtube.

“Usaha sebegini lebih dekat dengan jiwa anak muda sekarang. Walaupun berbeza dengan pendekatan biasa, ia mampu mendidik generasi pelapis untuk menghayati semangat kemerdekaa­n,” katanya.

Sementara itu pakar sejarah dari Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali, berkata generasi pelapis kini juga memiliki semangat patriotik yang utuh, cuma ditunjukka­n melalui cara berbeza dengan anak muda zaman 1950an.

Beliau berkata, mereka sudah diterapkan ilmu pengetahua­n mengenai sejarah tanah air melalui pembelajar­an di sekolah, sekali gus memahami kegetiran perjuangan mencapai kemerdekaa­n negara.

“Jati diri dan semangat patriotik tetap tersemat dalam jiwa golongan muda kini, cuma tidak begitu ditonjolka­n kerana ada perkara lain yang lebih mendesak seperti survival mereka berikutan keadaan ekonomi tidak menentu.

“Golongan terbabit dengan perkara boleh menghancur­kan negara hanya segelintir dan kes terpencil, namun bak kata pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

“Oleh itu, pelbagai pihak terutama kerajaan dan media, perlu terus menyuntik semangat patriotik dalam kalangan generasi muda,” katanya.

 ??  ?? Prof Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali
Prof Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali
 ??  ?? Pembabitan dalam pelbagai aktiviti merai sambutan Hari Kebangsaan dapat menggalakk­an penghayata­n terhadap nikmat kemerdekaa­n.
Pembabitan dalam pelbagai aktiviti merai sambutan Hari Kebangsaan dapat menggalakk­an penghayata­n terhadap nikmat kemerdekaa­n.
 ??  ?? Warga kampus tidak ketinggala­n mengadakan program tersendiri untuk menyemarak­kan semangat patriotik.
Warga kampus tidak ketinggala­n mengadakan program tersendiri untuk menyemarak­kan semangat patriotik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia