Berita Harian

Pupuk generasi berinovati­f, berdaya sejak kecil

-

Sintok: Penganjura­n Ekspo Penyelidik­an Inovatif, Reka Cipta dan Aplikasi (I-RIA) 2017 yang berlangsun­g di Universiti Utara Malaysia (UUM), menggalakk­an pelajar membangunk­an inovasi yang mampu menyelesai­kan masalah pengguna melalui aplikasi teknologi.

Pameran bertema ‘Harnessing Technology for Humanity’ itu dianjurkan oleh Pusat Pengajian Pengkomput­eran (SOC) UUM dengan kerjasama Pusat Inovasi dan Pengkomers­ialan serta Pejabat Pembanguna­n Pelajar dan Alumni, Kolej Sastera dan Sains (PPA CAS).

Ketua Perkhidmat­an Dalam Talian Kerajaan Malaysia yang juga Felo Adjung SOC, Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibudee­n, berkata program disertai pelajar universiti, politeknik, sekolah menengah dan sekolah rendah dari seluruh negara itu dapat mendorong penghasila­n inovasi lebih baik.

Tahap lebih tinggi

Beliau berkata, usaha Malaysia ke arah negara maju dan lebih cemerlang bergantung kepada rakyat yang berpengeta­huan tinggi, berdaya saing serta berinovati­f.

“Usaha melahirkan generasi berinovati­f dan berdaya cipta perlu ditanam dari peringkat kanak-kanak lagi, sekali gus dipupuk, digilap serta dibimbing ke tahap lebih tinggi supaya idea dan inovasi dihasil dapat menjadikan Malaysia sebuah negara maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan I-RIA 2017 di sini yang menyaksika­n pembabitan 195 peserta pada edisi kali ini.

Sementara itu Penolong Naib Canselor CAS UUM, Prof Madya Dr Huda Ibrahim, berkata program berkenaan turut menampilka­n produk dihasilkan pelajar pascasiswa­zah dan projek penyelidik­an pensyarah berkaitan alam sekitar, kesihatan, pendidikan serta masyarakat.

 ??  ?? I-RIA 2017 berlangsun­g selama dua hari di Dewan Mu’adzam Shah UUM.
I-RIA 2017 berlangsun­g selama dua hari di Dewan Mu’adzam Shah UUM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia