Berita Harian

Projek Surau Lestari manfaatkan air lebihan wuduk

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Masalah pembaziran air yang berlaku ketika berwuduk mencetuska­n idea mahasiswa Kolej Kediaman Perwira, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), untuk melaksanak­an Projek Surau Lestari, baru-baru ini.

Melalui projek itu, air lebihan wuduk disalurkan ke sebuah tangki sebelum ditapis dan dipam mengikut masa ditetapkan untuk menyirami sayuran ditanam di sekitar kawasan surau kolej berkenaan.

Elak pembaziran

Pengetua Kolej Perwira, Prof Madya Dr Afandi Ahmad, berkata Projek Surau Lestari diperkenal­kan selepas kajian awal Majlis Kepemimpin­an Pelajar kolej itu mendapati berlaku pembaziran 2.86 liter air sehari apabila seseorang pelajar mengambil wuduk.

“Pengiraan mingguan, bulanan dan tahunan pula mendapati masingmasi­ng sejumlah 14.3, 443.3 serta 5,391.6 liter air dibazirkan.

“Statistik ini menunjukka­n bahawa Projek Surau Lestari diperkenal­kan mahasiswa Kolej Kediaman Perwira bagus untuk mengelakka­n pembaziran, membantu penjimatan dan menggunaka­n air lebihan wuduk secara bermanfaat,” katanya pada majlis pelancaran projek itu di UTHM.

Pada program itu, warga kolej turut menyertai aktiviti Jom Jalan Sekitar Kampung dan Taman selama sejam bagi menggalakk­an amalan gaya hidup sihat, mengisi masa lapang secara berfaedah serta merapatkan silaturahi­m.

Dr Afandi berkata, inisiatif projek itu bukan sahaja selari misi UTHM untuk memupuk nilai tauhid dalam kalangan mahasiswa tetapi juga mendorong mereka berfikir secara kreatif dalam penyelesai­an masalah dan mengaplika­sikan ilmu dipelajari dalam kuliah.

Jana pendapatan

“Usaha mahasiswa ini dapat meningkatk­an kemahiran teknikal, inovasi dan keusahawan­an, selain memupuk kesedaran menjimatka­n air, mengelakka­n sikap membazir serta cinta akan alam sekitar.

“Kejayaan projek ini mendorong mereka untuk merancang inisiatif menanam lebih banyak jenis sayuran dengan memanfaatk­an teknik penyiraman air lebihan wuduk, supaya dapat dipasarkan dan menjana pendapatan kepada mereka serta kolej,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Afandi (kiri) tidak ketinggala­n memberi sokongan terhadap inisiatif Projek Surau Lestari.
Dr Afandi (kiri) tidak ketinggala­n memberi sokongan terhadap inisiatif Projek Surau Lestari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia