Berita Harian

Kaji resipi terbaik hasilkan coklat sendiri

- Oleh Nor Azma Laila

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Noorazeaty Maulad Mohd Khalif bergiat aktif dalam dunia perniagaan produk coklat dinamakan Delish Chocolate sejak Oktober tahun lalu.

Pada mulanya, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pembanguna­n Manusia itu menjual produk coklat yang diambil daripada pembekal dan dibungkus semula dalam beberapa saiz tertentu.

Bagaimanap­un, kunjungan ke Indonesia pada Mac lalu melalui program mobiliti anjuran kolej kediaman universiti memberi idea kepada Noorazeaty untuk tampil dengan produk bar coklat sendiri.

Dapat inspirasi

“Sebaik merasa sejenis coklat di Indonesia sewaktu kunjungan itu, saya terus tertarik pada rasa uniknya dan mendapat inspirasi untuk tampil dengan resipi coklat sendiri.

“Saya kemudian membuat kajian dan percubaan mencari resipi terbaik supaya boleh tampil dengan produk sendiri bawah jenama Delish Chocolate.

“Berbekalka­n bantuan bapa saudara yang memiliki kilang coklat, saya berjaya menghasilk­an produk pertama yang mula dijual pada April lalu,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Sebagai permulaan, produk bar coklat yang diperkenal­kan dengan perisa asli itu dijual pada harga RM15 satu pek.

Modal tambahan

Anak bongsu daripada lima adik-beradik itu berkata, modal permulaan untuk perniagaan Delish Chocolate adalah sebanyak RM3,000 tetapi bagi menghasilk­an produk bar coklat baharu, Noorazeaty membuat pelaburan modal tambahan RM7,000.

“Saya membuat percubaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia