Berita Harian

RM15 300-500

-

sebanyak lima kali demi mencari resipi dan rasa yang sesuai dengan kehendak pelanggan.

Saya bersyukur perniagaan ini semakin berkembang dengan sudah ada empat ejen dan dua stokis yang aktif menjual produk Delish Chocolate.

“Setakat ini, saya berjaya menjual 300 hingga 500 peket bar coklat sebulan dan berharap jumlah itu akan terus meningkat,” katanya yang bercadang tampil dengan pek bar coklat lebih kecil pada masa depan.

Selain menawarkan produk bar coklat, Noorazeaty berkata, syarikatny­a Bumble Bee Venture turut menyediaka­n pakej buah tangan coklat dan madu berdasarka­n permintaan pelanggan untuk acara tertentu.

“Pakej buah tangan ini diusahakan bersama rakan universiti yang menawarkan produk madu. Pakej ditawarkan bergantung pada permintaan pelanggan sama ada untuk majlis perkahwina­n, pertunanga­n, akikah dan keraian dari harga serendah RM1.80 hingga RM9.

Hasil lumayan

“Selain itu, saya bercadang menghasilk­an bar coklat dengan perisa baharu dan menampilka­n pek lebih kecil serta murah untuk dipasarkan di kedai serbaneka seluruh negara,” katanya.

Berkongsi cabaran bergelar usahawan muda dan pelajar pada masa sama, gadis kelahiran Perak itu berkata, pengurusan masa secara bijak memainkan peranan penting dalam konteks ini.

“Saya tidak ada banyak masa bersosial dengan rakan sekuliah, malah terpaksa melepaskan peluang menjalani latihan praktikal di

Jepun kerana tuntutan perniagaan.

“Saya tidak kesal dengan pengorbana­n dilakukan kerana yakin perniagaan ini akan membuahkan hasil lumayan jika membuat strategi tepat untuk mengembang­kan lagi bisnes Delish Chocolate,” katanya.

 ??  ?? Noorazeaty Maulad Mohd Khalif
Noorazeaty Maulad Mohd Khalif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia