Berita Harian

IPGKIK hab debat, ucapan awam IPG

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Pertubuhan Aktivis Debat Institut Pendidikan Guru Malaysia (ADIM) memilih Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) sebagai pusat rujukan dan hab aktiviti perdebatan serta pengucapan awam bagi IPG.

Pemilihan IPGKIK berdasarka­n prestasi dan pencapaian cemerlang dalam membina jenama Pertanding­an Debat Terbuka Ilmu Khas (DETIK) serta Kelab Debat, Forum dan Pidato (DEFTO) sehingga dikenali ramai, khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bentuk daya saing

Pengarah IPGKIK, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali, berkata hab itu berperanan sebagai pusat pengembang­an idea dan latihan bagi memantapka­n seni berdebat, forum, pidato serta pengucapan awam dalam kalangan siswa guru.

“Sebagai Pusat Kecemerlan­gan Kemahiran Berfikir (PKKB), IPGKIK komited melahirkan siswa guru yang kompeten bukansahaj­adalam kurikulum tetapi juga ekstra kokurikulu­m yang menjadi nilai tambah graduan IPG.

“Program yang mengutamak­an kemahiran berfikir dan berkomunik­asi peringkat tertinggi ini secara tidak langsung dapat membentuk daya saing graduan IPGKIK ke peringkat global,” katanya kepada BH Varsiti di sini, baru-baru ini.

Melalui Kelab DEFTO, banyak aktiviti dijalankan bagi mencungkil bakat baharu dalam bidang perdebatan, termasuk debat ala Parlimen British yang disegani di negara ini.

Anjur pertanding­an

Tahun ini, katanya, IPGKIK muncul johan Pertanding­an Debat Ala Parlimen British Peringkat Kebangsaan anjuran

IPG Kampus Pendidikan Teknik dengan kerjasama EXCO Pendidikan Negeri Sembilan, selain menjadi naib johan Pertanding­an DETIK 2016.

Dalam pada itu, beliau berkata, IPGKIK sekali lagi akan menganjurk­an DETIK pada 29 September hingga 2 Oktober depan dengan tema perdebatan ‘Pendidikan dan Kepengguna­an’.

“Penyertaan DETIK kali ke-4 ini dibuka kepada pendebat berusia 18 hingga 21 tahun dari seluruh IPT dan IPG. Program ini dinantinan­tikan pendebat seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? Ahli Majlis Tertinggi ADIM mengunjung­i IPGKIK, baru-baru ini.
Ahli Majlis Tertinggi ADIM mengunjung­i IPGKIK, baru-baru ini.
 ??  ?? Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali
Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia