Berita Harian

Tuah bekas penuntut UITM

Dipilih sebagai protege Mamat Khalid, bakal arah karya sendiri

-

Tuah nyata menyebelah­i Mohd Hadli Hairudin, 24, yang diberi peluang mengarahka­n filem Karya 12 terbitan Astro, yang bakal menemui penonton pada penghujung September nanti.

Pemuda kelahiran Pahang itu antara enam bekas penuntut universiti tempatan yang dipilih pihak Astro untuk mengarah filem sendiri dengan bimbingan mentor yang terdiri daripada pengarah terkenal.

Pengarah yang terbabit dalam filem Karya 12 terdiri daripada Mamat Khalid, Tunku Mona, Rashid Sibir, Feroz Kadir, Raizasyam Rashid dan Nik Amir. Mereka akan membimbing protege masing-masing dalam pengarahan filem Lari Hantu Lari, Izinkan Aku, Hajat, Pentas, Psikosis dan Sekolah Api yang bakal ditayangka­n dalam saluran Astro Citra pada September ini.

Manfaat ilmu

Mohd Hadli terpilih mengarah Lari Hantu Lari selepas berjaya dalam sesi pemilihan oleh pihak Astro dan menambat hati Mamat untuk bertindak sebagai mentornya.

Lebih manis, peluang itu hadir ketika dirinya baru saja menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Filem Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UITM)

Shah Alam, Selangor.

Katanya, filem bakal beliau arahkan menceritak­an mengenai anak hantu dipercayai gagal menakutkan manusia kerana rupanya tidak sehodoh yang lain dan gagal terbang. Kekurangan itu menyebabka­n ia dihantar ke dunia manusia.

“Saya bertuah mendapat mentor berpengala­man dalam bidang penerbitan dan pengarahan filem. Bukan semua penuntut dalam bidang ini berpeluang mengarah filem sendiri, apatah lagi saya pula baru saja menamatkan pengajian.

“Ini peluang terbaik saya untuk mengasah bakat bidang pengarahan filem, jadi saya akan memanfaatk­an segala ilmu yang dicurahkan oleh abang Mamat,” katanya ketika ditemui di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, baru-baru ini.

Cungkil bakat muda

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Citra, Amal Ziaq Nawawi, berkata program kali kedua itu diadakan bagi mencungkil bakat dan memberi peluang kepada pengarah muda mempraktik­kan ilmu dipelajari mereka.

“Protege diberikan peluang sepenuhnya untuk mengeluark­an idea sendiri, dari awal penceritaa­n sehingga akhir bersama ilham kreatif serta mampu menarik perhatian penonton, bukannya karya syok sendiri.

“Pelakon pula akan pilih oleh pihak kami melalui perbincang­an dengan mentor mereka, berdasarka­n kesesuaian watak,” katanya.

Sementara itu, Mamat pula berkata, beliau bersama pengarah lain memang sedaya-upaya berusaha membimbing bakat muda berkenaan dengan segala ilmu serta pengalaman yang ada.

Katanya, mereka berbuat demikian supaya hasrat dan impian protege serta pihak Astro yang mahukan lebih ramai anak muda berkecimpu­ng dalam dunia pengarahan filem tercapai.

 ?? [ FOTO ROSMAN SHAMSUDIN / BH ] ?? Gandingan mantap Amal Ziaq (kiri), Mohd Hadli (tengah) dan Mamat untuk filem Karya 12 terbitan Astro.
[ FOTO ROSMAN SHAMSUDIN / BH ] Gandingan mantap Amal Ziaq (kiri), Mohd Hadli (tengah) dan Mamat untuk filem Karya 12 terbitan Astro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia