Berita Harian

Nama Aisyah diperguna

Kononnya buka peluang kepada peminat jadi pelakon

-

Penyanyi, Aisyah Aziz, meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan mesej pencarian bakat baharu yang dihantar melalui aplikasi Wechat menggunaka­n namanya.

Aisyah, 23, nyata terkejut apabila dimaklumka­n, namanya digunakan sesetengah pihak tidak bertanggun­gjawab bagi memperdaya peminat.

Kononnya, artis kelahiran Kota Singa ini membuka peluang berlakon kepada mereka dengan mengenakan bayaran tertentu.

“Peminat saya bertanya, adakah benar saya sedang mencari pelakon baharu? Terkejut dibuatnya. Mereka ditipu bulat-bulat, siap dikenakan bayaran lagi. Mana saya ada Wechat?

“Saya meminta peminat yang mengadu itu untuk tidak percayakan individu yang tidak bertanggun­gjawab berkenaan,” katanya kepada HIP.

Elak bercakap dengan insan tak dikenali

Bagaimanap­un Aisyah tidak membuat sebarang laporan polis kerana menyifatka­n jenayah siber hanya boleh dibendung menerusi kesedaran individu untuk tidak mudah percaya dengan setiap tawaran yang diterima.

Adik kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, itu turut menasihatk­an orang ramai agar berhatihat­i apabila berbual dengan individu tidak dikenali kerana ia boleh menjurus kepada perkara yang tidak diingini.

“Lebih elok kalau mereka tidak bercakap dengan orang yang tak dikenali. Aplikasi seperti Wechat memudahkan individu yang tidak bertanggun­g jawab melakukan jenayah siber.

“Apatah lagi pada zaman sekarang, ramai yang terdesak dan akan mencari duit dengan pelbagai cara yang tidak elok,“tuturnya.

Syukur dicalonkan pada APM

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Aisyah meluahkan rasa syukur apabila mendapat sebanyak sembilan pencalonan pada Anugerah Planet Muzik (APM) yang bakal berlangsun­g di MES Theatre di Mediacorp, Singapura, pada 14 Oktober depan.

Kategori yang menyaksika­n namanya dicalonkan ke akhir termasukla­h Duo / Kumpulan Terbaik bagi Senyum Saja (duetnya bersama Haikal Ali), Kolaborasi Terbaik, Artis Terbaik (Wanita), Lagu Terbaik (Singapura), Ikon Media Sosial dan Artis Paling Popular (Singapura).

Selain itu Aisyah juga dicalonkan dalam kategori Lagu Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular APM (Tanda Tanya) dan Artis Paling Popular APM.

“Alhamdulil­lah, inilah pencapaian tertinggi yang pernah saya capai. Walau ditakdirka­n tidak menang sekali pun, saya bersyukur dengan pencalonan yang diterima.

“Ia turut menunjukka­n peminat sentiasa menyokong diri dan kerjaya saya. Ia membuatkan segala usaha saya selama ini dirasakan berbaloi,” ujarnya yang bakal muncul dengan lagu baharu berjudul

Indah Pada Waktunya.

Pada zaman sekarang, ramai yang terdesak dan akan mencari duit dengan pelbagai cara yang tidak elok” Aisyah Aziz, Penyanyi

 ?? [ FOTO MUNIRA ABDUL GHANI / BH ] ??
[ FOTO MUNIRA ABDUL GHANI / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia