Berita Harian

Semarak bulan kemerdekaa­n

SENIMAN anjur program bangkit semangat kecintaan pada negara

-

Meraikan Hari Kebangsaan yang ke-60 tahun ini, pelbagai program dianjurkan sepanjang Ogos bagi menyemarak­kan lagi semangat kecintaan serta patriotism­e terhadap negara.

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) antara yang tidak ketinggala­n terpanggil untuk sama-sama memeriahka­n sambutan bulan kebangsaan dengan menganjurk­an Program Kemerdekaa­n Sayangi Negaraku Malaysia.

Diadakan di perkaranga­n sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara, acara yang dianjurkan pada sebelah petang hujung minggu lalu sememangny­a mencipta kelainan.

Pelbagai bidang seni

Presidenny­a, Zed Zaidi, berkata dalam meraikan Hari Kebangsaan kali ini, mereka memikirkan aktiviti di luar kotak bagi mendekatka­n golongan artis dan juga masyarakat.

“Masyarakat mungkin sudah biasa dengan aktiviti muzik jalanan yang banyak dilakukan di sekitar Kuala Lumpur. Namun, rasanya mereka terlepas pandang terhadap aktiviti lain seperti teater jalanan.

“Selain itu, kita juga membawa penyair, pelukis dan juga ahli silap mata pada program kali ini.

Kami ingin menunjukka­n pelbagai cabang seni yang boleh diketengah­kan dalam menyemarak­kan lagi program kemerdekaa­n tahun ini.

“Namun, paling penting adalah tujuan dan objektif yang kami ingin sampaikan menerusi program ini, iaitu bagi menunjukka­n kecintaan kita terhadap Malaysia,” katanya.

Mampu tarik lebih ramai anggota masyarakat

Turut hadir memeriahka­n program ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Fauzi Ayub.

Meneruskan lagi program sepanjang bulan kemerdekaa­n ini, Zed berkata, SENIMAN akan mengadakan pertanding­an badminton pada 16 September depan sempena Hari Malaysia, manakala sempena Aidiladha pula, pihaknya bakal menganjurk­an majlis korban bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Malah Zed mengha-

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JAMENON / BH ] ?? Antara persembaha­n pada Program Kemerdekaa­n Sayangi Negaraku - SENIMAN di ibu negara, baru-baru ini.
[ FOTO NURUL SHAFINA JAMENON / BH ] Antara persembaha­n pada Program Kemerdekaa­n Sayangi Negaraku - SENIMAN di ibu negara, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia