Berita Harian

Bukan propaganda politik

-

Filem Malay Regiment bukanlah sebuah karya yang dihasilkan bagi memperleke­hkan mana-mana pihak, jauh sekali memaparkan babak yang dikatakan sebagai berunsur perkauman bagi menyebarka­n propaganda politik, seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, ia sebuah naskhah yang memperliha­tkan kepada masyarakat mengenai fakta sejarah mengapa Ops Gubir dilaksanak­an Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam membantera­s komunis sekitar 1976.

Filem yang diangkat daripada kisah benar itu diolah daripada manuskrip yang mengangkat tujuh wasiat Raja-raja Melayu dan diterapkan dalam filem bagi membakar semangat generasi hari ini sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-60 negara.

Hanya satu babak dibuang

Seperti kata penerbit yang juga pengarahny­a, Datuk Jurey Latiff Rosli, filem yang menelan belanja hampir RM2 juta itu bukan cerita rekaan, tetapi rakaman sejarah yang tidak boleh dipadam.

“Jelasnya, jika filem ini mengandung­i unsur perkauman, saya pasti Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak akan teragakaga­k untuk memotong mana-mana babak yang boleh mengundang sensitivit­i sesetengah pihak.

“Namun, menerusi penelitian mereka, hanya satu babak yang perlu dibuang dan pemotongan adegan itu juga ia tidak mengganggu perjalanan cerita,” katanya kepada BH ketika ditemui pada malam pratonton filem berkenaan, baru-baru ini.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.

Ideologi musuh negara

Menurut Jurey lagi, filem yang menyaksika­n skripnya ditulis oleh Yusof Kelana itu tidak menjurus kepada sesuatu kaum ia apabila turut memaparkan babak orang Melayu, yang turut menyokong agenda ‘busuk’ komunis.

“Saya turut menyelitka­n babak anggota komunis muda daripada keturunan Cina yang tidak bersetuju dengan perjuangan pasukan mereka, yang berperang hingga mengorbank­an nyawa.

“Bagi mereka, lebih baiklah masing-masing berfikir bagaimana mahu memajukan bangsa dan ekonomi daripada mati sia-sia.

“Apa yang mahu saya paparkan bukan mengenai bangsa, tetapi ideologi yang dibawa musuh negara,” katanya.

Suntingan, visual menarik

Filem ini agak menarik dari segi penceritaa­n apabila ia turut dipersemba­hkan secara imbas semula, membabitka­n dua era iaitu zaman sekarang dan ketika perwira kita menentang musuh di perbatasan pada dekad 70-an.

Bagi era terkini, ia diwakili oleh cucu askar berkenaan yang membuat penyelidik­an dan berusaha menggali rahsia kehebatan datuk masing-masing, termasukla­h rahsia besar seorang daripada anak muda berkenaan.

Pujian juga boleh diberi kepada pengarahny­a yang bijak bermain dengan teknik suntingan, yang membuatkan babak ke babak bergerak secara pantas.

Selain itu, ia turut memaparkan persembaha­n visual yang segar dari segi aksi, gerak lakon, permainan kamera dan teknik sinematogr­afi. Kekuatan inilah yang membantu melahirkan kesan emosi dan mampu mengundang elemen patriotik pada penceritaa­nnya.

Malay Regiment turut memaparkan dengan lebih jelas keganasan anggota komunis dan kesungguha­n mereka untuk menjajah Tanah Melayu ketika zaman sebelum merdeka dan selepas negara mencapai kemerdekaa­n.

Ia antara lain ditunjukka­n menerusi babak kesungguha­n mereka membina kubu bawah tanah dan beberapa kem bagi mengguling­kan pasukan tentera. Lebih jelek, mereka turut menghina anggota RAMD dengan pengulanga­n dialog dalam bahasa Mandarin yang bermaksud ‘anjing kerajaan’.

Pengganas komunis juga berpesta ketika mereka berjaya menembak jatuh helikopter yang membawa 11 pegawai tentera di

Gubir, Kedah, pada 1976, iaitu peristiwa hitam yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh waris mangsa sehingga ke hari ini. Penerbit / pengarah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia