Berita Harian

Sunway sasar raih kontrak kerja RM2.5B

Kumpulan bida projek bernilai sehingga RM15 bilion setahun

- Oleh Suffian A Bakar

Sunway Bhd, antara konglomera­t terbesar negara, dijangka meraih kontrak kerja baharu bernilai sehingga RM2.5 bilion tahun ini.

Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutifn­ya, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah AO, berkata ia disandarka­n kepada andaian kadar kejayaan meraih kontrak yang dibida oleh kumpulan itu setiap tahun.

“Secara umumnya kumpulan, menerusi segmen pembinaan, membida projek bernilai anta ra RM10 bilion dan RM15 bilion setahun dengan kadar kejayaan bida antara 10 peratus dan 20 peratus.

“Bersandark­an andaian ini, ia akan memberikan kami kontrak kerja baharu antara RM1.5 bilion dan RM2.5 bilion,” katanya.

Teroka peluang baharu

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kumpulan itu di Petaling Jaya, semalam.

Jeffrey berkata, kumpulan itu juga kini bersedia menerokai peluang pertumbuha­n baharu dalam berhadapan perubahan landskap perniagaan hari ini.

“Prestasi perniagaan teras kami baik tetapi kami menyedari akan perlunya mencari horizon baharu sekiranya mahu maju dalam dekad berikutnya.

“Ini sudah tentu memerlukan transforma­si Sunway menjadi syarikat era digital dengan pemikiran baharu yang dapat membantu kami mengenalpa­sti dan menyambar peluang baharu,” katanya.

Jeffrey berkata, dengan menyedari peralihan itu, pihaknya melantik Datuk Sri Idris Jala sebagai Pengerusi Bersama Sunway.

“Siapa lagi yang lebih baik membantu transforma­si kami kalau bukan ‘Encik Transforma­si’ itu sendiri,” katanya.

Jeffrey menegaskan beliau akan terus menerajui Sunway Group sebagai pengerusi eksekutif, manakala Idris akan mempengeru sikan mesyuarat dalam mencarta hala tuju strategik dan merealisas­ikan wawasan kumpulan itu.

Bagaimanap­un, beliau tidak memperinci­kan perniagaan ba u yang bakal diceburi kumpulan itu.

Sunway katanya, akan terus mengembang­kan portfolio perniagaan terasnya pada peringkat domestik dan serantau.

Kumpulan itu kini menumpu mengembang­kan sektor penjagaan kesihatan dengan cadangan membina lima bangunan hospital baharu bernilai RM1.2 bilion.

Kumpulan itu juga sudah menubuhkan Sunway Venture sebagai cabang modal teroka bagi mengenal pasti dan mendapatka­n perniagaan baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia