Berita Harian

JPO tawar diskaun sehingga 90 peratus

-

Berikutan kejayaan acara jualan Ulang Tahun Ke5 dan Jualan Tengah Malam yang diadakan tahun lalu, Johor Premium Outlets kembali me nawarkan Jualan Hari Kebangsaan sempena tahun kemerdekaa­n kali ke60 tahun ini.

Jualan yang akan berlangsun­g selama lima hari itu akan bermula semalam hingga 3 September dan pengunjung akan menikmati waktu belibelah yang lebih panjang iaitu dari 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n, Ketua Pegawai Operasi Genting Simon Sdn Bhd, Jean Marie Pin Harry berkata jualan itu juga menawarkan potongan harga yang lebih hebat sehingga 90 peratus.

“Sebagai Premium Outlet Center mewah yang pertama di negara ini dan juga terulung Asia Tenggara, Johor Premium Outlets menawarkan Jualan Hari Kebangsaan dengan penjimatan sehingga 90 peratus daripada pilihan 130 jenama terunggul.

“Tawaran jualan kami pada tahun sebelumnya telah memecahkan rekod dengan kehadiran pengunjung yang membanjiri Johor Premium Outlet.

Tawaran menarik

“Untuk tahun ini, pihak kami menjangkak­an lebih ramai pengunjung akan mengambil peluang atas pelbagai tawaran menarik yang kami sediakan,” katanya di Johor Bahru, barubaru ini.

Bagi merancakka­n lagi, Baskinrob ucks Coffee, TCBY Frozen Yogurt dan The Coffee Bean & Tea Leaf akan menawarkan aiskrim, kopi ice-blended, yo urt sejuk beku dan teh ice-blended secara percuma kepada 200 pembeli pertama sepanjang lima hari ia berlangsun­g, mulai 10 malam hingga 12 tengah malam.

Selain itu, pembeli juga berpeluang menikmati tawaran menarik lain seperti potongan tambahan 20 peratus bagi jenama Aigner; penjimatan sehingga 70 peratus bagi jenama Akemi Uchi serta pembelian barangan terpilih berharga RM60 atau nikmati penjimatan 50 peratus dengan pembelian dua barangan terpilih bagi jenama Aldo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia