Berita Harian

Pasukan keselamata­n Arab Saudi siap sedia

Kawal dua juta jemaah elak tragedi rempuhan berulang, tidak abai potensi ancaman pengganas

-

Lebih 100,000 anggota keselamata­n Arab Saudi akan membantu melindungi kirakira dua juta jemaah yang dijangka mengambil bahagian dalam ibadat haji bermula hari ini.

Dengan memakai ihram, jemaah berkumpul di Masjidilha­ram untuk bertawaf dan bertolak ke Mina sejauh lima kilometer ke timur Makkah semalam. Kemuncak ibadat haji adalah mendaki Gunung Arafah hari ini.

Arab Saudi yang menjaga kawasan suci umat Islam serta menganjurk­an ibadat haji, memperkema­s kawalan keselamata­nnya untuk acara besar setiap tahun itu.

Jurucakap keselamata­n Kementeria­n Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Alturki berkata, pihaknya sudah menggarisk­an pelan untuk mengendali­kan lebih dua juta jemaah termasuk 1.73 juta dari luar negara. Angka itu menandakan peningkata­n berbanding tahun lalu di mana 1.86 juta menyertain­ya.

Pada masa sama katanya, pihaknya tidak mengabaika­n realiti ancaman potensi daripada serangan pengganas.

“Justeru kami mengambil semua langkah pencegahan diperlukan,” katanya kepada Reuters dalam satu temuramah.

Alturki berkata, langkah tegas dilaksanak­an di pintu masuk ke Makkah, Madinah dan tapak suci lain serta lapangan terbang dan pelabuhan.

Ditanya jika pihak berkuasa mengesan sebarang komplot khusus terhadap ibadat haji tahun ini, katanya:

“Tiada. Kami tidak mengesan apaapa namun itu tidak bermakna kami mengabaika­n apa yang mungkin cuba dilakukan kumpu lan pengganas.

“Kami mengambil setiap ancaman amat serius walaupun kami tidak mengumumka­nnya.”

Beliau berkata, pasukan keselamata­n juga mengambil semua langkah pencegahan bagi mengelak rempuhan seperti yang berlaku pada 2015, tanpa memberi butiran lanjut.

Pihak berkuasa Arab Saudi menggerakk­an sumber besarbesar­an dengan harapan mengelak berulangny­a rempuhan maut 2015 yang menyaksika­n hampir 2,300 jemaah maut, termasuk 464 rakyat Iran.

Pada masa sama, Alturki menggesa jemaah mematuhi jadual ketika melaksanak­an rukun haji.

“Setiap kumpulan perlu mematuhi laluan khusus yang perlu diikuti ketika melontar jamrah,” katanya merujuk kepada satu daripada peringkat penting ibadat haji.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia