Berita Harian

KARDASHIAN

janji derma RM2.14 juta

-

Selebriti rancangan realiti televisyen, Kim Kardashian dan keluargany­a me lurkan sumbangan AS$500,000 (RM2.14 juta) kepada usaha bantuan Taufan Harvey.

Beliau menyertai barisan bintang lain seperti Jennifer Lopez, Dwayne Johnson, pemain NFL, J J Watt dan pelawak Kevin Hart, menjanjika­n dana bagi membantu ribuan penduduk terjejas akibat bencana itu di Texas.

Kardashian, adik perempuann­ya, Khloe dan Kourtney serta ibu mereka, Kris Jenner, membuat janji itu di Twitter, menyalur dana kepada Palang Merah dan Salvation Army.

“Houston, kami mendoakan kamu! Ibu, adik beradik perempuan saya dan saya akan menderma AS$500,000,” katanya menerusi Twitter.

Houston lumpuh

Ribut Tropika Harvey, membadai Texas sebagai taufan hu jung minggu lalu, menyebabka­n banjir teruk di negeri itu, mengorbank­an 11 orang dan melumpuhka­n Houston.

Pihak berkuasa di bandar itu kelmarin bersiap sedia memberi perlindung­an kepada 19,000 penduduk, dengan ribuan lagi dijangka meninggalk­an kawasan terjejas.

Bintang ‘Ride Along’, Hart memulakan kempen derma Isnin lalu dengan sumbangan AS$50,000 (RM213,575) dan caba gesa artis lain turut menderma. Johnson, Lopez dan penyanyi rap DJ Khaled setiap seorang menderma AS$25,000 (RM106,787.50).

Kerugian cecah bilion ringgit

Bintang NFL Houston Texans, Watt, melancarka­n usaha bantuan sendiri dalam talian Ahad lalu dengan sumbangan AS$100,000 (RM427,150) dan rayuan video. Dana itu pantas mencecah AS$1 juta (RM4.27 juta) dengan Watt menulis tweet, matlamatny­a kini ialah mengumpul AS$4 juta (RM17.09 juta).

Dalam perkembang­an berkaitan, kemusnahan akibat serangan Harvey menjadikan­nya antara lima bencana alam paling merugikan di Amerika Syarikat (AS).

Anggaran kerugian dan kemusnahan ekonomi keseluruha­n mencecah AS$42 bilion (RM179.40 bilion) daripada AS$30 bilion (RM128.14 bilion), apabila banjir mula merebak ke Louisiana dan tidak dapat dikawal, menurut firma pengasas model bencana Enki Research, Chuck Watson.

 ??  ??
 ??  ?? Kim Kardashian
Kim Kardashian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia