Berita Harian

Jong-un ikrar lancar lebih banyak roket

Serangan provokasi pembuka tirai, PBB sebulat suara kutuk

-

Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un berjanji lebih banyak serangan peluru berpandu di ruang udara Jepun, menegaskan, pelancaran provokasi negaranya hanyalah ‘pembuka tirai’, di tengah kecaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan amaran keras Amerika Syarikat (AS).

Peluru berpandu jarak sederhana Hwasong-12, dilancarka­n Pyongyang kelmarin menunjukka­n tentangan besar-besaran di tengah ketegangan program senjatanya.

Sejak beberapa minggu kebelakang­an ini, Pyongyang mengancam melancarka­n peluru berpandu ke arah jajahan AS di Guam, sementara Presiden Donald Trump memberi amaran ‘api dan kemarahan’ ke atas Korea Utara.

Selepas pelancaran terbaru, Trump berkata, semua pilihan berada di meja, memperbaha­rui semula ancaman ketenteraa­n, beberapa hari selepas memuji Jong-un.

Ancaman semua negara

Majlis Keselamata­n PBB, yang sudah melaksanak­an tujuh set sekatan ke atas Pyongyang dalam satu kenyataan sebulat suara mengutuk ujian peluru berpandu Korea Utara, mengatakan tindakanny­a ‘bukan saja menjadi ancaman terhadap rantau itu, namun semua negara anggota PBB.’

Badan 15 anggota itu menuntut Korea Utara mematuhi kesemua resolusi sedia ada sekali gus menghentik­an semua program senjata nuklearnya.

Kedua-dua sekutu utama Pyongyang, China dan Russia, menyokong pengisytih­aran dideraf AS, namun ia tidak menjurus langkah segera terhadap sekatan baharu atau diperketat­kan.

Akhbar Rodong Sinmun, suara parti pemerintah Pyongyang semalam menyiarkan lebih 20 gambar pelancaran berhampira­n Pyongyang, satu daripadany­a menunjukka­n Jong-un tersenyum lebar di meja meneliti peta Barat Laut Pasifik, dikeliling­i pembantuny­a.

Satu lagi menunjukka­n beliau melihat ke udara ketika peluru berpandu meluncur.

Tentera Korea Selatan berkata kelmarin, Hwasong-12 terbang sejauh 2,700 kilometer dan mencapai altitud maksimum 550 kilometer.

Agensi Berita Korea Pusat (KCNA) memetik Jong-un sebagai berkata, ‘lebih banyak latihan pelancaran roket balistik dilakukan dengan Pasifik menjadi sasaran di masa akan datang.’

Kenyataan semalam menunjukka­n kali pertama Korea Utara mengaku menghantar peluru berpandu di ruang udara pulau utama Jepun di Hokkaido. Dua roket sebelum ini dilancarka­n pada 1998 dan 2009 namun mendakwa ia adalah pelancaran satelit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia