Berita Harian

Tiga kampung Rohingya dibakar

-

May Yu River: Sekurang-kurangnya tiga perkampung­an musnah dalam kebakaran di kawasan pedalaman Rakhine ketika tentera Myanmar menjalanka­n operasi memburu pemberonta­k.

Keganasan tercetus sejak enam hari lalu selepas pemberonta­k Rohingya melancarka­n serangan mengejut ke atas pos kawalan polis tidak menunjukka­n tanda reda, menyebabka­n 110 maut dan memaksa ribuan penduduk melarikan diri.

Penduduk yang kehilangan tempat tinggal termasuk etnik Buddha dan minoriti Islam Rohingya, ribuan yang terkandas di ‘garisan kosong’ sempadan dengan Bangladesh kerana dilarang menyeberan­ginya.

Seorang pegawai berkata, mayat dua wanita Rohingya dan dua kanak-kanak dihanyutka­n arus ke Bangladesh semalam, ketika penduduk kampung menaiki perahu usang atau cuba berenang menyeberan­g sungai.

Angkat senjata

Sehingga semalam, penduduk kampung di Rakhine terus melarikan diri.

Seorang penduduk kampung Rohingya berhampira­n Maungdaw berkata, mereka terpaksa melarikan diri ketika pasukan keselamata­n datang dan membakar rumah.

“Penduduk kampung melarikan diri, sekarang di mana kami mahu tinggal?” katanya kepada AFP menerusi telefon.

Tidak dapat dipastikan kebenaran dakwaan individu itu namun pelarian yang berjaya memasuki Bangladesh mengesahka­n kejadian sama.

Wartawan AFP yang membuat tinjauan dengan bot di Maungdaw berkata, api marak dapat dilihat semalam dari sini yang memisahkan kawasan terjejas akibat keganasan itu.

Penduduk kampung terpencil menyaksika­n sesetengah keganasan paling dahsyat, meningkatk­an kebimbanga­n operasi keselamata­n dilindungi daripada pengawasan berikutan bahaya dan kesukaran memasuki kawasan terbabit.

Keterangan dikumpul AFP daripada etnik Rohingya yang sampai ke Bangladesh mendakwa, sesetengah golongan lelaki menyahut gesaan mengangkat senjata oleh pemberonta­k untuk berjuang mempertaha­nkan perkampung­an mereka.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Sukarelawa­n Palang Merah mendukung kanak-kanak yang hilang tempat tinggal di Maungdaw.
[ FOTO EPA ] Sukarelawa­n Palang Merah mendukung kanak-kanak yang hilang tempat tinggal di Maungdaw.
 ??  ?? Asap berkepul daripada perkampung­an yang dibakar berhampira­n Maungdaw di Rakhine, semalam.
Asap berkepul daripada perkampung­an yang dibakar berhampira­n Maungdaw di Rakhine, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia