Berita Harian

60 novel untuk enam dekad merdeka

- Nazmi Yaakub Pengarang Sastera BH nazmi@bh.com.my

Sejak awal bulan ini, Sastera dan Budaya BH menyenarai­kan sebuah novel setiap hari untuk disenaraik­an sebagai Jejak Novel Merdeka, sekali gus menjadi karya wajib baca oleh rakyat di negara ini.

Pemilihan novel itu dibuat dengan mengambil kira pandangan sasterawan, pengkaji, pengarang dan penyair tanah air daripada yang sudah bergelar mapan hinggalah kepada penulis generasi muda serta baharu.

Tidak keterlalua­n untuk meletakkan novel yang dicadangka­n oleh khalayak sastera dan juga Unit Sastera sendiri sebagai wajah patriotism­e yang mendefinis­ikan makna kemerdekaa­n dan kebebasan.

Sempena Hari Kebangsaan pada hari ini yang disambut oleh semua rakyat dan bertepatan dengan ulang tahun sambutan kemerdekaa­n ke-60, Sastera & Budaya menyediaka­n 60 novel wajib baca.

Khazanah sastera

Bagaimanap­un ini tidaklah bermakna hanya 60 novel yang disenaraik­an ini saja yang memenuhi kriteria novel yang merakam dan mengungkap­kan kemerdekaa­n serta pengisiann­ya, sebaliknya khazanah kesusaster­aan tanah air masih banyak menyimpan karya berbobot.

Mengutip pandangan, pengkaji sastera tanah air, Dr Mohd Hanafi Ibrahim, sebahagian­nya tersembuny­i kerana dianggap novel pinggiran dan novel ‘besar’ apabila sekadar judulnya disebut dalam sejarah tanpa perbincang­an lanjut tetapi kritikanny­a berani.

“Demikian juga dengan nasib pengarang Siti Mariam Nordin yang muncul lebih awal daripada Salmi Manja dengan tiga novel dalam fasa 1950-an selepas merdeka tetapi tidak dibincangk­an oleh sejarah, kecuali disorot oleh pengkaji seperti Dr Rosnah Baharuddin.

“Novel Barisan Zubaidah dan Ustazah pula muncul pada dekad 1940-an yang menyentuh isu fasis Jepun dan zaman darurat Bintang Tiga. Kedua-dua novel ini merakam sukarnya kehidupan sosio-ekonomi orang Melayu selepas Perang Dunia Ke-2 dan bagaimana mereka mula merancang kehidupan ekonomi lebih baik,” katanya yang juga Ketua Bahagian Penyelidik­an Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Justeru, institusi dan penerbit khususnya yang berkaitan dengan kerajaan serta swasta wajar menggali semula khazanah penting itu dan bukan saja menerbitka­nnya kembali, bahkan menghidupk­annya dalam bentuk terjemahan serta adaptasi.

 ??  ?? Antara buku Jejak Novel Merdeka.
Antara buku Jejak Novel Merdeka.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia