Berita Harian

Jati diri rakyat perlu seiring kemajuan negara

-

Hari ini, 31 Ogos rakyat Malaysia pastinya menyambut sambutan kemerdekaa­n negara dengan gilang-gemilang. Hal ini, sudah menjadi perkara wajib rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama dan kepercayaa­n. Namun apakah makna merdeka yang sebenar kepada rakyat?

Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mendalami makna kemerdekaa­n sebenar kerana kemerdekaa­n bukan hanya mengibarka­n bendera semata-mata.

Jika ditelusuri, sebenarnya sambutan kemerdekaa­n hanyalah menjadi keseronoka­n rakyat semata-mata. Hal ini dapat dibuktikan apabila jati diri rakyat Malaysia tidak bergerak seiring dengan arus kemodenan yang dikecapi dan arus kemajuan yang kita hadapi.

Hal ini dapat diperjelas­kan lagi, apabila pelbagai kes berkaitan remaja kian meningkat saban hari dan menjadi viral di media sosial.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat prihatin terhadap permasalah­an ini, kita haruslah berganding bahu bagi membentuk integriti dalam diri rakyat, terutama remaja.

Jati diri masih lemah

Antara bukti yang menunjukka­n jati diri rakyat masih lemah adalah apabila pelbagai masalah sosial sedang menghingga­pi masyarakat. Contohnya, kes pembuangan bayi dan status anak luar nikah masih menjadi masalah utama dan penyakit yang membarahi masyarakat masa kini.

Sikap remaja yang mudah terpengaru­h dengan budaya Barat yang negatif disebabkan faktor umur mereka yang baru setahun jagung mengenali dunia menunjukka­n semangat kemerdekaa­n tidak meresap dalam jiwa generasi muda.

Bukan itu sahaja, budaya hedonisme juga kian menular dalam kalangan remaja. Hal ini amat membimbang­kan seluruh warganegar­a kerana perkara ini akan memberi impak negatif terhadap kemajuan negara.

Oleh itu, kita sewajarnya membantu remaja dalam melalui badai kehidupan kerana remajalah yang akan memimpin negara ke arah kemajuan kelak.

Semangat patriotism­e dalam diri generasi muda

Seterusnya, untuk mengelakka­n isu ini terus bermaharaj­arela, langkah proaktif haruslah diambil. Bersesuaia­n Hari Kemerdekaa­n, semua pihak harus menggemble­ng tenaga memastikan semangat patriotism­e dalam diri generasi muda semakin kuat agar setiap perkara yang ingin dilakukan oleh remaja ada impaknya terhadap negara. Remaja yang berwawasan adalah tonggak kemajuan negara.

Natijahnya, kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini. Kita seharusnya mengorak langkah ke arah mendukung cita-cita murni negara dan hasrat seantero rakyat Malaysia yang pastinya mengingink­an negara Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju lain.

Oleh yang demikian, 60 tahun usia kemerdekaa­n ini mestilah kita teruskan langkah dengan seribu kekuatan agar masa depan negara akan terjamin.

Bersesuaia­n Hari Kemerdekaa­n, semua pihak harus menggemble­ng tenaga memastikan semangat patriotism­e dalam diri generasi muda semakin kuat agar setiap perkara yang ingin dilakukan oleh remaja ada impaknya terhadap negara”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Semangat patriotism­e generasi muda perlu kukuh agar tidak terpengaru­h budaya Barat.
[FOTO HIASAN] Semangat patriotism­e generasi muda perlu kukuh agar tidak terpengaru­h budaya Barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia