Berita Harian

Messi, Suarez berentap

Bakal jadi penentu nasib Argentina dan Uruguay di kelayakan Piala Dunia

-

Luis Suarez mungkin diturunkan untuk bertemu rakan sepasukan di Barcelona, Lionel Messi dalam pertembung­an kelayakan Piala Dunia 2018 bagi benua Amerika Selatan antara Argentina dan Uruguay, awal pagi esok.

Dengan pendahulu carta kumpulan Brazil sudah layak ke Russia tahun depan, tumpuan kini terarah kepada tiga lagi slot automatik yang masih terbuka untuk direbut oleh 10 pasukan.

Columbia berada di tangga kedua carta dengan 24 mata manakala Uruguay dan Chile berada di baki dua slot automatik dengan 23 mata.

Ini bermakna, penghuni tangga kelima, Argentina harus mengelak sebarang kesilapan di Estadio Centenario dalam pertembung­an terbaharu mereka menentang seteru utama, Uruguay.

Makin serasi

Argentina ketika ini sudah meraih enam kemenangan daripada 14 perlawanan yang mula menunjukka­n tanda positif di bawah jurulatih baharu, Jorge Sampaoli.

Sampaoli, yang menjadi tunjang kejayaan Chile di Copa Amerika 2015, mula mengendali pasukan ‘Albicelest­e’ pada Mei lalu, dan menerima suntikan moral dalam pengendali­annya apabila meraih kemenangan 1-0 ke atas Brazil dalam satu aksi persahabat­an, Jun lalu.

Mereka pernah menewaskan Singapura 6-0 sekali gus menyediaka­n idea tambahan buat Sampaoli yang menggemari corak taktikal agresif dan menyerang terbukti membuahkan hasil diinginkan.

Uruguay pula cemas dengan tahap kecergasan Suarez, 30, yang tidak menyertai perlawanan liga kerana kecederaan dan kembali ke negaranya untuk berlatih bersama pasukan kebangsaan.

Jurulatih veteran, Oscar Tabarez memberi bayangan yang Suarez mungkin diturunkan sekali gus menafikan penyingkir­an penyerang itu.

“Dia sudah menunjukka­n tanda pemulihan yang jelas mengejutka­n kami,” kata Tabarez.

 ??  ?? Luis Suarez (kiri) dan Messi (kanan) ketika sesi latihan di Barcelona, minggu lalu.
Luis Suarez (kiri) dan Messi (kanan) ketika sesi latihan di Barcelona, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia