Berita Harian

Pencapaian terbaik kontinjen negara

Malaysia bawa pulang tiga perak, tiga gangsa

-

Malaysia perlu memandang lebih serius penyertaan di Sukan Universiti Dunia (Universiad­e) berikutan standard tinggi temasya dwitahunan itu yang dianggap menghampir­i taraf Sukan Olimpik.

Pada Universiad­e 2017 di Taipei, Taiwan yang menutup tirainya semalam, penyertaan kontinjen Malaysia berdepan sedikit dilema apabila berlakunya pertindiha­n dengan tarikh temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Begitupun, ia tidak menghalang barisan 63 atlet negara merekod pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan di Universiad­e dengan memenangi tiga pingat perak dan empat gangsa yang disumbangk­an atlet wushu dan badminton.

Berdasarka­n persaingan, taraf di Universiad­e jelas berada di tahap cukup tinggi dengan kebanyakan pemenang emas mencatatka­n masa atau rekod yang menghampir­i catatan terbaik di Kejohanan Dunia mahupun Sukan Olimpik.

Pemanah terbaik

Menurut rekod Persekutua­n Sukan Universiti Antarabang­sa (FISU), lebih 40 peratus pemenang pingat di Sukan Olimpik Rio, Brazil 2016 beraksi di Universiad­e 2015.

Berikutan itu, sekali pun Malaysia menghantar antara pemanah terbaik di edisi kali ini, kehadiran jaguh dunia dari Korea Selatan antaranya Kim Jungho, Song Yun Soo membuatkan mereka pulang hampa.

Justeru, penyertaan Malaysia di temasya Universiad­e selepas ini di Napoli, Itali 2019 perlu melalui satu pendekatan yang lebih mengutamak­an kepada kualiti daripada kuantiti.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia