Berita Harian

Durian runtuh nanti atlet

Habuan RM3 juta diberikan kepada pemenang emas

- Oleh Azlan Muhammad Zain dan Syafiq Aznan

Atlet negara yang cemerlang meraih 145 pingat emas bakal menerima durian runtuh apabila dijangka menerima habuan mencecah RM3 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sekiranya tiada insentif tambahan diumumkan.

Insentif kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) itu menawarkan ganjaran RM20,000 kepada emas pertama setiap atlet bagi acara individu dan RM10,000 untuk emas seterusnya.

Menurut laman web rasmi MSN, ganjaran RM20,000 juga bagi saingan berpasukan kurang dari lima atlet dan RM5,000 seorang bagi melebihi lima atlet.

Malah RM1,000 diberikan kepada mereka yang memecahkan rekod kejohanan dengan atlet negara melakarkan 18 rekod Sukan SEA menerusi memanah (lima), olahraga (empat), menembak (enam) dan renang (tiga).

Bagaimanap­un perak dan gangsa mengikut SHAKAM adalah tidak layak menerima sebarang imbuhan.

Imbuhan tertinggi

Atlet berbasikal negara Fatehah Mustapa dijangka menjadi antara penerima imbuhan tertinggi sebanyak RM50,000 selepas meraih empat emas menerusi pecut individu dan berpasukan, keirin dan 500 meter ujian masa selain atlet gimrama Koi Sie Yan yang meraih pencapaian yang sama.

Selain itu terdapat Skim Galakan Jurulatih (Sgar)diberikan kepada jurulatih dengan 20 peratus daripada nilai insentif SHAKAM.

Skim Kecemerlan­gan Pengurusan Sukan (SIKAP) pula diberikan kepada persatuan sukan iaitu 10 peratus daripada nilai insentif SHAKAM.

Kebanyakan sasaran berjaya diraih atlet negara dengan hanya beberapa sukan gagal memenuhiny­a.

 ??  ?? Fatehah antara penerima imbuhan tertinggi RM50,000 selepas meraih empat emas.
Fatehah antara penerima imbuhan tertinggi RM50,000 selepas meraih empat emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia