Berita Harian

‘Maaf, saya tak sengaja’

Penjaga gol JDT minta terus diberi peluang tebus kesilapan

- Oleh Aziman Rosdi

Penjaga gol skuad bola sepak negara Muhammad Haziq Nadzli berharap dirinya terus diberi peluang biarpun mengakui kesilapan yang dilakukan cukup mengecewak­an peminat tempatan.

Dia sedar dirinya kini menjadi mangsa kecaman , garagara menjaringk­an gol sendiri untuk menghadiah­kan kemenangan serta pingat emas kepada Thailand dalam aksi final di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Bagaimanap­un, insiden itu tidak melunturka­n semangatny­a untuk terus berbakti kepada negara andai diberi peluang selepas ini

“Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana prestasi saya menyebabka­n kekalahan pasukan... kesilapan saya menyebabka­n kekalahan pasukan. Selepas ini jika diberi peluang lagi, saya akan buat sehabis baik.

“Saya kecewa dengan kekalahan malam ini (kelmarin), dalam bola sepak, 10 kali anda menyelamat­kan percubaan orang tak akan ingat, sebaliknya orang akan ingat satu kesilapan yang anda buat.

Terlepas peluang

“Saya berterima kasih kepada yang beri kata-kata semangat kepada saya, bagi yang cakapcakap (kritik) saya tak kisah. Insya-allah saya akan bangkit daripada kekalahan ini,” katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan selepas perlawanan.

Skuad muda negara kendalian Datuk Ong

Kim Swee terlepas peluang untuk merampas kejuaraan selepas 2011 di Jakarta apabila tewas dengan cara cukup kejam kepada Thailand.

Jaringan sendiri Haziq pada minit ke-39 apabila tertumbuk bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluark­an bola sepakan sudut Sasalak Haiprakhon mengulangi mimpi ngeri final 2001 di mana penjaga gol Kamaruzama­n Hassan melakukan kesilapan untuk memberikan ibu segala pingat kepada Thailand di venue yang sama.

Haziq, 20, yang beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) mengakui tidak sengaja melepaskan bola ke gawang sendiri. “Bola sepakan sudut itu melencong, saya nak tumbuk (bola) tapi hujan, basah dan tumbukan saya tidak tepat mengenai bola itu. Nak buat macam mana, bukan saya sengaja. Kalau saya sengaja baik saya tak payah main,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia