Berita Harian

‘Ale Ale Harimau Malaya’ ditelan ‘We Are Thailand’

- Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Hilangnya laungan chant ‘Ale Ale Harimau Malaya’ yang digantikan dengan sorakan ‘We Are Thailand’ sepanjang aksi final bola sepak, kelmarin sedikit sebanyak mematahkan semangat pemain Malaysia yang akhirnya kecundang 0-1 di tangan Thailand.

Nyata ketiadaan Ultras Malaya pada aksi kemuncak itu amat dirasai skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee, biarpun ribuan penyokong membanjiri segenap tempat duduk stadium, namun ia masih dilihat kurang memberi impak kepada pemain.

Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui ketiadaan kumpulan penyokong tegar itu di stadium jelas memberi kesan besar kepada moral pemain.

“Sebelum ini Ultras Malaya datang ke setiap perlawanan Malaysia di Sukan SEA. Saya tak tahu apa yang berlaku (ketiadaan Ultras Malaya), tapi kami terasa juga ketiadaan (sokongan) mereka.

“Tapi masih ada penyokong yang datang, saya ucapkan terima kasih. Saya harap apa yang berlaku ini agar semua pihak fikirkan tentang masa depan pasukan untuk memberi sokongan tidak kira Ultras Malaya ataupun penyokong,” katanya pada sidang media, kelmarin.

Kecewa tanpa Ultras Malaya

Nada sama turut diluahkan beberapa pemain kebangsaan termasuk penjaring gol terbanyak pasukan, N Thanabalan yang mengharapk­an Ultras Malaya kembali memberi sokongan.

“Stadium memang sunyi tak dapat sokongan Ultras Malaya. Harap kalau kita ada main di tempat sendiri lagi harap mereka datang dan beri semangat kepada pasukan kerana ia penting,” katanya yang mencetak empat gol sepanjang dwitahunan itu.

Aksi final yang sepatutnya disajikan dengan sorakan Ultras Malaya bagaimanap­un dikejutkan dengan pengumuman untuk memulaukan acara kemuncak berkenaan.

Menurut kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook UM'07, keputusan itu dibuat sebagai solidariti kepada penyokong atau pemain ke-12 yang menjadi mangsa kegagalan sistem penjualan tiket aksi final itu.

Lantas, ketiadaan mereka menyaksika­n 80,000 penyokong tempatan hilang arah dalam memberi sorakan yang lazimnya dibaja dengan sorakan tanpa henti daripada Ultras Malaya.

Sebaliknya, kita hanya mampu mencuri bunyian gendang daripada Ultras Thailand untuk menumpang jeritan ‘Malaysia’.

“Tak boleh nak cakap apa. Ketiadaan Ultras Malaya serba sedikit jejaskan jugalah prestasi kita orang,” kata penjaga gol negara, Haziq Nadzli yang menjaringk­an gol sendiri sehingga menghadiah­kan kemenangan kepada skuad Gajah Perang itu.

 ??  ??
 ??  ?? Kim Swee (tengah) menenangka­n Muhd Haziq yang kecewa selepas tewas 1-0 kepada Thailand, kelmarin.
Kim Swee (tengah) menenangka­n Muhd Haziq yang kecewa selepas tewas 1-0 kepada Thailand, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia