Berita Harian

Skuad terjun lima bintang

Takluk Pusat Akuatik Nasional, atasi sasaran ditetapkan ASUM

- Oleh Jumiati Rosly dan Aida Adilah Mat

Skuad terjun negara berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi dua pingat emas yang ditawarkan pada hari terakhir semalam, sekali gus menyapu bersih semua 13 emas yang dipertandi­ngkan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Kejayaan itu mengatasi sasaran 11 emas yang ditetapkan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan mengulangi pencapaian di Singapura 2015 apabila turut menyapu bersih semua lapan emas yang dipertandi­ngkan.

Biarpun cetek pengalaman dan masih muda, Hanis Nazirul Jaya Surya-jellson Jabillin tidak berdepan masalah menghadiah­kan emas ke-13 dalam acara 10 meter platform seirama lelaki dengan mengumpul 384.12 mata.

Kedua-dua penerjun yang berumur 16 tahun itu menyerlah sejak terjunan pertama lagi apabila mempamer terjunan yang baik untuk terus mendahului hingga ke terjunan keenam.

Kejohanan besar

Perak dimenangi pasangan Indonesia,

Adityo Restu Putraandri­yan (364.14 mata) sementara gangsa diraih Jonathan Chan-joshua James Chong dari Singapura (340.50 mata).

Nazirul bagaimanap­un menyifatka­n gandingann­ya bersama Jellson masih belum cukup mantap dan banyak yang perlu diperbaiki lagi untuk sehebat dua penerjun senior, Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei.

“Usia kami masih muda, masa masih panjang. Emas ini baharu permulaan dan berharap selepas ini terpilih beraksi di kejohanan besar seperti Olimpik dan Komanwel.

“Saya harap selepas ini saya dan Jellson akan terus diberi peluang kerana kami akan cuba sedaya upaya untuk mengharumk­an nama Malaysia,” katanya.

Terdahulu, gandingan Leong Mun Yeetraisy Vivien Tukiet menghadiah­kan emas ke-12 apabila mengumpul 300.36 mata acara 10 meter platform seirama wanita.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia