Berita Harian

Anja Chong lengkapkan penampilan cemerlang

- Oleh Oleh Farah Azharie

Kuala Lumpur: Peluncur ais negara, Anja Chong melengkapk­an penampilan cemerlang di Sukan SEA apabila memenangi dua lagi pingat emas pada hari terakhir di Stadium Luncur Ais Kebangsaan Malaysia (MYNISS), semalam.

Selepas meraih emas 500 meter individu kelmarin, peluncur berusia 23 tahun itu membuktika­n kehandalan apabila memenangi acara 1000m individu wanita serta membantu pasukan meraih emas acara 3000m luncur berganti-ganti.

“Sukar dipercayai, saya hanya mensasarka­n mendapat satu emas tetapi berjaya menyapu bersih dan ia pencapaian terbaik yang tidak pernah saya jangka.

(gambar) Pelajar jurusan undang-undang

“Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada semua yang datang memberi sokongan dan ia menyumbang perbezaan besar kepada persembaha­n saya,” katanya.

Anja yang hanya menjalani latihan secara aktif selama 18 bulan mencatat masa 1:48.835s dalam acara 1000m untuk mengatasi Cheyenne Goh dari Singapura, yang ketinggala­n 0.072s di belakang.

Pingat ketiga untuk Anja yang juga pelajar jurusan undang-undang, hadir pada pada acara luncur berganti-ganti wanita dengan menewaskan Singapura, Indonesia dan Thailand yang menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat.

“Pingat terakhir paling bermakna kepada saya kerana saya dapat berkongsi dengan pasukan, jadi ia luar biasa,” tambah Anja.

Secara keseluruha­n, pasukan luncur ais negara berjaya mengumpul lima emas dan tiga gangsa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Hanis Nazirul (kanan) dan Jellson Jabillin memperaga pingat emas yang diraih pada hari terakhir, semalam.
Hanis Nazirul (kanan) dan Jellson Jabillin memperaga pingat emas yang diraih pada hari terakhir, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia