Berita Harian

Temasya paling diingati

KL2017 dilabuhkan tirai, jumpa di Manila 2019

- Oleh Saiful Affendy Sapran, Naqib Nor Said dan Mohd Khairie Khalid

̌

Upacara penutup Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan tema ‘Bangkit Bersama’ berlangsun­g dengan penuh warna warni dan gilang-gemilang yang disekalika­n dengan sambutan Ambang Kemerdekaa­n negara ke-60.

Kemeriahan itu seiring dengan kejayaan Malaysia muncul juara keseluruha­n apabila meraih 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa untuk jumlah keseluruha­n 323 pingat.

Berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta pengumuman kontinjen dari 11 negara yang mengambil bahagian berserta sukarelawa­n yang terbabit dengan KL2017.

Majlis berlangsun­g menerusi beberapa segmen, antaranya segmen bertemakan Terima Kasih Daun Keladi yang menampilka­n persembaha­n nyanyian serta tarian.

Saat paling dinantikan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytih­arkan KL2017 ditutup dengan rasminya serta mengumumka­n Filipina akan menganjurk­an temasya dwitahunan itu dalam tempoh dua tahun daripada sekarang.

Kemudian tumpuan terarah kepada obor temasya yang dipa- damkan selepas 12 hari dinyalakan bermula pada majlis perasmian 19 Ogos lalu.

Majlis diteruskan dengan menurunkan bendera rasmi Sukan SEA yang kemudian diserahkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada Presiden Persekutua­n Sukan Asia Tenggara (SEAGF), Tunku Imran Tuanku Ja’afar.

Pencapaian terbaik

Tunku Imran kemudian menyerahka­nnya kepada Presiden Jawatankua­sa Olimpik Filipina, Jose Cojuango yang menyerahka­n pula kepada Setiausaha Hal Ehwal Luar Negara dan juga Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Sukan SEA ke-30, Alan Peter Cayetano.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Suasana gilang-gemilang pada upacara penutup Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Suasana gilang-gemilang pada upacara penutup Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia