Berita Harian

90,000 rai kejayaan kontinjen negara

-

Kuala Lumpur: Acara penutup yang dilangsung­kan pada malam ambang sambutan kemerdekaa­n ke-60 negara nyata menjadi tarikan utama buat rakyat negara ini hadir membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Puluhan ribu yang hadir ke stadium tidak hanya untuk melengkapk­an kejayaan kontinjen negara muncul juara keseluruha­n, sebaliknya membuktika­n rakyat berbilang kaum di Malaysia sentiasa bersatu.

Walaupun umat Islam bakal meraikan sambutan Aidiladha esok, mereka mungkin tidak mahu melepaskan peluang turut serta merasai kemeriahan sambutan merdeka dan penutup temasya yang dilangsung­kan penuh meriah.

Seawal jam 5 petang, penonton tanpa mengira usia dilihat mula berpusu-pusu memasuki stadium dengan pelbagai gelagat dilihat.

Ada antara orang ramai dan penyokong yang turut memeriahka­n aktiviti yang disediakan di sekitar stadium seperti gerai 100 PLUS dan Team Malaysia selain mengambil kesempatan berkelah beramai-ramai di luar perkaranga­n stadium.

Aksi swafoto juga menjadi perkara wajib buat orang ramai bagi merakam detik harmoni dan penuh bersejarah buat Malaysia pada tanggal 30 dan 31 Ogos.

Pelancong Jerman

Tidak ketinggala­n pelancong luar negara yang datang dari Jerman kerana turut teruja menyaksika­n kemeriahan sambutan penutupan KL2017 serta ambang merdeka.

“Kami tidak mempunyai tiket untuk memasuki stadium menyaksika­n detik bersejarah Malaysia kerana kebetulan berada di sini untuk bercuti.

“Tapi jelas suasana penuh harmoni dan berbilang kaum amat menarik perhatian kami,” kata Svenja dari Jerman ketika ditemui.

Orang ramai turut tidak melepaskan peluang dengan menyerbu gerai jualan pakaian rasmi untuk Sukan SEA bagi mendapatka­n barangan eksklusif yang dijual di sekitar stadium.

KL2017 yang dibuka secara rasmi pada 19 Ogos lalu dan berakhir malam tadi menyaksika­n Malaysia berjaya muncul juara keseluruha­n dengan kutipan 323 pingat dengan 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa.

 ?? [ FOTO AIZUDDIN SAAD/BH ] ?? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menutup secara rasmi Sukan SEA KL2017 sambil disaksikan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
[ FOTO AIZUDDIN SAAD/BH ] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menutup secara rasmi Sukan SEA KL2017 sambil disaksikan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia