Berita Harian

Terima kasih, kita juara

Kejayaan kontinjen negara semarak sambutan hari kemerdekaa­n

- Oleh Khairil S Iswan

Kejayaan kontinjen negara dinobat juara keseluruha­n boleh dirumuskan sebagai hadiah istimewa buat rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaa­n Ke-60, hari ini.

Terima kasih dan tahniah kepada kontinjen yang dibarisi 469 wira dan 375 wirawati apabila tampil dengan semangat juang tinggi untuk menuai 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa untuk keseluruha­n 323 pingat sepanjang 17 hari temasya berlangsun­g.

Jumlah emas yang dikumpul kontinjen yang diketuai Datuk Marina Chin itu paling cemerlang dalam sejarah apabila jauh mengatasi sasaran dan pencapaian 111 emas yang dikutip pada 2001 ketika melakar sejarah menjadi juara keseluruha­n buat pertama kali pada temasya serantau ini.

Lebih membanggak­an, sebanyak 18 rekod Sukan SEA turut berjaya dipecahkan oleh atlet negara dengan memanah mencatat lima rekod baharu, olahraga (4 rekod), menembak (6 rekod) dan renang (3 rekod).

Janji masa depan cemerlang

Sebanyak lapan rekod kebangsaan juga berjaya dicatat mereka dalam sukan olahraga (6 rekod) dan renang (1 rekod).

Temasya kali ini juga menjanjika­n masa depan yang cemerlang buat sukan negara apabila 396 atlet muda berjaya menyumbang 95 emas, 94 perak dan 96 gangsa.

Seramai 268 atlet baharu yang bertanding pula turut cemerlang apabila meraih 71 emas, 29 perak dan 41 gangsa.

Semua itu harus membanggak­an rakyat Malaysia yang turut menjadi penyumbang kepada kejayaan manis ini apabila turut hadir memenuhi setiap stadium untuk memberikan sokongan kepada atlet yang bertanding.

Ia juga membuktika­n keberkesan­an program yang dilaksanak­an bagi menghadapi KL2017 iaitu Kita Juara.

Sebagai rekod, ini kali keenam kita menjadi tuan rumah selepas 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

 ?? [ FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH ] ?? Atlet berbasikal trek negara meraikan kejayaan memenangi 11 emas di Velodrom Nasional Nilai.
[ FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH ] Atlet berbasikal trek negara meraikan kejayaan memenangi 11 emas di Velodrom Nasional Nilai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia