Berita Harian

Malaysia raih 36 emas bonus

16 emas tersasar dari jangkauan

- Oleh Azlan Muhammad Zain dan Syafiq Aznan

Sebanyak 36 pingat emas dianggap bonus kepada kontinjen negara apabila atlet negara berjaya melakar kejutan bagi membantu Malaysia mendominas­i edisi ke-29 Sukan SEA kali ini.

Ketua Pengarah Majlis Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaska­n, ia mewakili 18 jenis sukan yang membolehka­n Malaysia mengumpul 145 emas secara keseluruha­n.

“Bagaimanap­un terdapat 16 pingat emas yang disasarkan tidak tercapai,” katanya.

Antara sukan yang gagal menepati sasaran adalah badminton (sasaran 2 emas, capai 1), kriket (2 emas, capai 1 emas), snuker dan billiard (sasaran 1 emas, tiada emas), skuasy (sasaran 7 emas, capai 6 emas).

Pencapaian terbaik

Bagaimanap­un, Ahmad Shapawi menjelaska­n tiada satu sukan yang dianggap gagal kerana mereka mempamerka­n prestasi cemerlang dengan menepati sasaran dan memuaskan.

“Seramai 396 atlet muda (bawah 21 tahun) menyumbang 95 emas, 94 perak dan 96 gangsa (kiraan secara individu merangkumi acara berpasukan),” katanya.

Malaysia sah menamatkan saingan dengan mengutip 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa bagi muncul juara keseluruha­n.

Ia adalah 35.8 peratus daripada 404 emas yang ditawarkan manakala 22.7 peratus perak, 16.3 peratus bagi gangsa.

Ahmad Shapawi pada sidang media berhubung prestasi kontinjen Malaysia berkata, ia pencapaian terbaik negara dalam sejarah penyertaan di temasya dwitahunan itu.

Kontinjen negara dengan kekuatan seramai 844 atlet menyertai 398 daripada 404 acara membabitka­n 38 jenis sukan. Ketua Pengarah MSN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia