Berita Harian

‘Mahu bukti bukan jaguh kampung’

-

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) percaya betapa kontinjen Malaysia mampu mengekalka­n dominasi pada Sukan SEA akan datang sekali gus menjadi juara keseluruha­n buat kali pertama di luar laman sendiri.

Keyakinan itu dilontarka­n Ketua Pengarahny­a, Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang melihat tidak mustahil Malaysia mampu untuk menjadi juara keseluruha­n sekali lagi pada temasya Sukan SEA seterusnya di Filipina, dua tahun lagi terutama dengan prestasi atlet muda dan atlet baharu yang menyertai temasya kali ini.

“Kita akui kita menjadi juara keseluruha­n pada temasya yang berlangsun­g di laman sendiri sebanyak dua kali tetapi kita juga pernah menjadi naib juara pada temasya 1999 di Brunei yang ketika itu mempertand­ingkan 20 sukan sahaja.

“Jadi saya melihat tidak mustahil untuk kita menjadi juara keseluruha­n di gelanggang lawan memandangk­an pada temasya ini, ramai atlet kita yang menunjukka­n keupayaan bahawa mereka mampu menjadi atlet yang terbaik di rantau ini.

“Namun semuanya bergantung kepada pemilihan sukan pada temasya 2019 nanti tetapi jika mereka dapat membuktika­n bahawa mereka adalah yang terbaik di Asia Tenggara, sudah pasti kita boleh menjadi juara keseluruha­n di mana-mana pun temasya Sukan SEA diadakan,” katanya pada sidang media di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC), di sini, semalam.

Sokongan padu

Dalam masa sama, Ahmad Shapawi menegaskan kecemerlan­gan Malaysia merangkul juara keseluruha­n dengan pungutan 145 pingat emas jauh meninggalk­an pencabar lain bukanlah hanya berdasarka­n kelebihan tuan rumah semata-mata.

“Tidak dinafikan setiap negara memiliki kelebihan sebagai tuan rumah namun ada beberapa faktor yang membantu negara contohnya semangat serta motivasi atlet yang mahu menunjukka­n persembaha­n terbaik mereka kerana ini satusatuny­a peluang mereka beraksi di hadapan keluarga dan penyokong mereka.

“Atlet juga mendapat sokongan padu semua pihak yang ditunjukka­n menerusi venue setiap pertanding­an yang dipenuhi dengan penyokong pada temasya kali ini dan juga persekitar­an dan kemudahan yang efisien banyak membantu kecemerlan­gan negara kali ini.

“Selain itu, faktor luaran turut menyumbang seperti kegagalan Thailand untuk menyinar yang berpunca daripada penyertaan atlet muda, kesilapan percaturan taktikal serta kemunculan jaguh daripada negara lain sehingga berjaya memecahkan dominasi mereka pada temasya dwitahunan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia