Berita Harian

ATLET SUKAN SEA SERIKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA

1,500 belia terbabit pelbagai persembaha­n sambutan di Kompleks Sukan Likas

- Oleh Wan Faizal Ismayatim wfaizal@bh.com.my Kota Kinabalu

Acara kemuncak sambutan Hari Malaysia malam ini yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bakal menampilka­n beberapa atlet Sukan SEA negara yang meraih emas pada temasya Kuala Lumpur 2017, bulan lalu.

Antara atlet yang bakal membuat penampilan khas itu termasuk jaguh 110 meter lari berpagar berasal dari Keningau, Rayzam Shah Wan Sofian yang mencatatka­n 13.83 saat di Sukan SEA 2017, selain Fatin Faqihah Mohd Yusof, Kamisah Khamis dan Emilia Eva Natasha Saudia.

Seramai 1,500 belia akan terbabit dalam pelbagai persembaha­n istimewa yang dibahagika­n kepada lima segmen sempena acara kemuncak sambutan Hari Malaysia dihoskan Sabah di pekarangan Kompleks Sukan Likas, di sini.

61 penari kanak-kanak

Turut terbabit membuat persembaha­n ialah 61 penari kanak-kanak bagi segmen tarian dan kebudayaan pada acara dijangka berlangsun­g dalam suasana gemilang itu.

Antara segmen lain dalam persembaha­n sambutan hari bersejarah itu termasuk tarian sambut tamu dan warna-warni Malaysia.

Yang turut dijadual hadir pada sambutan ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Openg.

Acara bermula jam 8.10 malam

Acara malam pada jam 8.10 dimulakan dengan ucapan Musa diikuti amanat Hari Malaysia oleh Perdana Menteri sebelum upacara menandatan­gani Buku Catatan Hari Malaysia 2017.

Yang Dipertua Negeri kemudian menyertai upacara memotong kek Hari Malaysia sebelum persembaha­n khas dan pertunjuka­n bunga api.

Cabutan tiket bertuah turut diadakan dengan hadiah utama dua motosikal, selain tiga basikal serta pelbagai hadiah sampingan lain.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Setiausaha Jawatankua­sa Sambutan Hari Malaysia 2017, Datu Rusmadi Datu Sulai, berkata lebih 50,000 pengunjung dijangka memeriahka­n Karnival Hari Malaysia selama tiga hari, bermula semalam.

Media Prima Berhad turut membawakan Konsert Sama-sama Sehati Sejiwa pada malam esok di Kompleks Sukan Likas yang membariska­n artis terkenal seperti Ayda Jebat, Akim & The Majistret, Ramli Sarip, Salma (3 Juara), Khai Bahar dan Dayang Nurfaizah.

Sementara itu, lebih 50 booth disediakan termasuk pameran berkaitan sejarah Hari Malaysia, selain Unit Bergerak jabatan kerajaan antaranya Mahkamah Bergerak, Lambaga Tabung Haji, Perpustaka­an Negeri Sabah, Jabatan Pendaftara­n Negara, Pos Malaysia Berhad dan Jabatan Pengangkut­an Jalan.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] ??
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH]
 ??  ?? Antara pelajar yang menyertai raptai penuh sambutan
Hari Malaysia di pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, semalam.
Antara pelajar yang menyertai raptai penuh sambutan Hari Malaysia di pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia