Berita Harian

TANGISAN ROHINGYA

Dhaka buktikan serius pantau pengagihan sumbangan

-

Bangladesh akan mengerahka­n anggota tenteranya untuk menyerahka­n bantuan hasil sumbangan negara luar yang bersimpati dengan nasib pelarian Islam Rohingya yang kini berlindung di sempadan negara itu.

Pihak berkuasa Bangladesh ketika mengumumka­nnya berkata, langkah itu diambil susulan kritikan terhadap keadaan kacau bilau ketika bantuan diserahkan di sebuah kem di Cox Bazar.

Perdana Menteri, Sheikh Hasina ketika memberitah­u Parlimen semalam, berkata anggota tentera akan mengendali­kan bantuan yang dihantar oleh pelbagai negara sejak beberapa hari lalu.

“Saya sudah menyerahka­n tanggung jawab itu kepada pihak tentera bagi memastikan bekalan bantuan diserahkan kepada mereka dengan selamat (Rohingya), selain memantau pelbagai bantuan yang dihantar,” kata Sheikh Hasina.

Tentera serah bantuan

Sebelum ini, proses penyerahan bantuan kepada pelarian di Cox Bazar memang diuruskan oleh pihak tentera.

“Kami sudah menerima arahan bahawa pihak tentera akan menerima bekalan bantuan yang dihantar oleh negara luar di lapangan terbang, sebelum menghantar­nya ke Cox Bazar,” kata Leftenan Kolonel, Rashidul Hasan kepada AFP, semalam.

Dalam perkembang­an sama, Myanmar tetap bertegas bahawa ia tidak melarang tugasan pekerja sukarelawa­n menghantar bantuan dari negeri Rakhine.

Sekat laluan

“Kami tidak menghalang sesiapa. Kami tidak menghalang pertubuhan menghantar bantuan kemanusiaa­n ke kawasan terbabit. Tapi mereka mungkin menghadapi kesulitan masuk kerana laluan dihadkan oleh pihak ber kuasa tempatan bagi tujuan keselamata­n,” kata jurucakap kerajaan Myanmar, Zaw Htay.

Sementara itu, agensi bantuan berkata, ribuan penduduk Rohingya bakal berdepan masalah kebuluran dan kesihatan, kecuali masalah penyerahan bantuan diatasi dengan segera.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO REUTERS / EPA ] ?? Hamida, meratapi bayinya yang lemas akibat bot pelarian Rohingya terbalik di pantai Shah Porir Dwip, kelmarin. Gambar kanan, seorang kanak-kanak Indonesia memegang sepanduk di Banda Aceh, sebagai bantahan terhadap keganasan tentera Myanmar.
[ FOTO REUTERS / EPA ] Hamida, meratapi bayinya yang lemas akibat bot pelarian Rohingya terbalik di pantai Shah Porir Dwip, kelmarin. Gambar kanan, seorang kanak-kanak Indonesia memegang sepanduk di Banda Aceh, sebagai bantahan terhadap keganasan tentera Myanmar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia