Berita Harian

Najib dedah Dr M bayar jutaan ringgit jumpa Bush

Bayaran dilakukan melalui pelobi bermastaut­in di Hong Kong

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Datuk Seri Najib Razak mendedahka­n, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pentadbira­nnya membayar jutaan ringgit untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, George W Bush.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu dilakukan melalui seorang pelobi yang bermastaut­in di Hong Kong dan ia dibayar melalui kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Berjuta dibayar kerana nak sangat berjumpa dengan Bush tapi Dr Mahathir tidak dapat sambutan macam saya (pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump di AS).

“Jadi jangan (Dr Mahathir) jadi hipokrit, kutuk pula lawatan saya (ke AS). Lawatan ini bukan kerana saya tapi kerana Malaysia. Hubungan baik dengan China, Arab Saudi dan AS adalah untuk Malaysia,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh ratusan pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) yang menyambut kepulangan­nya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.

Najib tiba di ibu negara selepas mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) dan Britain sejak Selasa lalu.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kabinet. Antara delegasi Najib ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

‘Bukan minta sedekah’

Najib berkata, beliau bukan ke AS untuk meminta sedekah atau melutut tetapi bagi menyampaik­an bahawa Malaysia sudah sampai ke tahap sebuah negara pelaku global.

Najib turut menyifatka­n penerimaan Trump terhadap beliau di Rumah Putih sebagai di luar dugaannya sama sekali, dengan kehadiran pegawai tertinggi Kabinet AS.

“Pegawainya meminta beliau berjabat tangan dengan saya (selepas pertemuan) tetapi beliau berkata ‘Saya mahu menghantar­nya ke kereta’.

“Pegawai protokolny­a memberitah­u bahawa kereta sudah menunggu di aras bawah tetapi Trump menjawab ‘Tidak mengapa, beliau rakan saya’.

“Tuan-tuan, beliau hormatkan kita dan kepemimpin­an kita, tapi ada pula orang yang kutuk lawatan saya,” katanya.

Mengenai pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Airlines Berhad, Najib berkata, keputusan itu dibuat oleh syarikat penerbanga­n itu pada Julai tahun lalu, dan beliau hanya menyampaik­an hasrat itu pada lawatan berkenaan.

Najib mengadakan pertemuan dengan Trump Selasa lalu, yang antara lain membangkit­kan isu penindasan masyarakat Islam Rohingya di Myanmar dan komitmen negara dalam memerangi keganasan.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Najib berucap di hadapan penyokong Barisan Nasional di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) selepas sekembalin­ya dari lawatan rasmi ke Amerika Syarikat dan United Kingdom. Turut hadir Timbalanny­a, Datuk Seri Dr Ahmad...
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Najib berucap di hadapan penyokong Barisan Nasional di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) selepas sekembalin­ya dari lawatan rasmi ke Amerika Syarikat dan United Kingdom. Turut hadir Timbalanny­a, Datuk Seri Dr Ahmad...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia