Berita Harian

Bimbing masyarakat terus kekal sihat

Tingkat kepekaan kepentinga­n penjagaan kesihatan demi kesejahter­aan keluarga

- Oleh Norliza Abdullah

Memulakan kerjaya sebagai doktor perubatan hampir 30 tahun memberi peluang Prof Dr Jamiyah Hassan berbakti kepada masyarakat di dalam dan luar negara menerusi kepakaran dalam bidang terbabit.

Bertugas sebagai Pakar Perunding Kanan dan Pakar Fetomatern­al, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) turut memberi kelebihan beliau menjadi panel penasihat keluarga pada peringkat antarabang­sa.

Pencapaian peringkat global sebagai penasihat perancang keluarga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2012 menyuntik semangatny­a mendidik masyarakat lebih serius menjaga kesihatan.

Pada persidanga­n WHO di Zurich, Switzerlan­d, Dr Jamiyah berkongsi kepakarann­ya mengenai amalan perancang keluarga secara sempurna.

Dr Jamiyah berkata, beliau berperanan sebagai penasihat mengenai isu berkaitan kerana ketika itu WHO hendak mengubah beberapa polisi mengenai perancang keluarga dengan meminta pandangan pakar dari Malaysia.

“WHO dari semasa ke semasa mengkaji semula polisi perancang keluarga untuk digunakan pakai mengikut kesesuaian di negara anggota berdasarka­n keperluan semasa.

“Pemerhatia­n mendapati jumlah kelahiran di beberapa negara membangun termasuk Malaysia menurun sejak beberapa tahun lalu. Faktor ini disebabkan pembabitan wanita dalam sektor pekerjaan, perkhidmat­an dan pembuat dasar semakin meningkat,” katanya kepada BH.

Beliau juga terbabit dalam majlis penasihat Persidanga­n Antarabang­sa Perancang Keluarga ke-2 berlangsun­g di Basel, Switzerlan­d pada 2015, selain memberi ceramah mengenai kepakaran dala, bidang perubatan.

Diberi mandat menganjurk­an persidanga­n isu berkaitan peringkat Asia Pasifik, antaranya di Shanghai, Beijing, Seoul dan Singapura.

Tugas lain termasuk bertindak sebagai pengarah kursus dan penceramah peringkat domestik.

Kesedaran aspek kesihatan

Dr Jamiyah turut berperanan meningkatk­an kesedaran berkaitan aspek kesihatan secara menyeluruh belum mencapai ke tahap terbaik.

Sebagai contoh, masih ramai wanita dari negara membangun seperti Malaysia kurang mengambil berat membuat pemeriksaa­n saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Beliau mengurus program tahunan Baktisiswa bersama pelajar program pengajian perubatan, di Kampung Telaga Air, Sarawak, baru-baru ini.

Program dijayakan 42 pelajar perubatan membantu meningkatk­an kesedaran peserta mengenai penjagaan kesihatan masyarakat di situ.

Aktiviti itu memberi peluang beliau berhubung terus bersama masyarakat, selain melengkapk­an ilmu pelajar di Fakulti Perubatan Universiti Malaya (FPUM).

Selain meningkatk­an kemahiran insaniah pelajar, aktiviti ini melahirkan pegawai perubatan yang lebih berdaya saing.

“Saya terbabit menjayakan program saingan kesihatan di kawasan kejiranan di Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Populasi kejiranan di sini pelbagai latar belakang dan taraf hidup, justeru kita utamakan program kesedaran penjagaan kesihatan,” katanya.

Masyarakat perlu didedahkan dengan pengambila­n makanan seimbang dan mengamalka­n gaya hidup sihat seperti bersenam 30 minit tiga kali seminggu.

Begitu juga dengan proses penjagaan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan begitu penting kerana statistik kematian ibu selepas bersalin dijadikan penanda aras pada taraf kesihatan masyarakat secara umumnya.

Diharapkan menerusi program itu ia membantu menurunkan statistik iaitu 26 kematian pada setiap 100,000 kelahiran di negara ini berbanding negara maju nisbah 10:100,000 setiap kelahiran.

 ??  ?? Dr Jamiyah berperanan meningkatk­an kesedaran masyarakat berkaitan aspek kesihatan menyeluruh pada semua peringkat. secara
Dr Jamiyah berperanan meningkatk­an kesedaran masyarakat berkaitan aspek kesihatan menyeluruh pada semua peringkat. secara
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia