Berita Harian

Ratusan iringi jenazah mangsa

Orang ramai sebak ketika mufti bacakan talkin

-

Awan mendung yang berarak di udara seolah-olah menggambar­kan suasana pilu yang menyelubun­gi Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, ketika orang ramai menunggu jenazah 11 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, petang semalam.

Selain ahli keluarga dan sahabat handai, ratusan orang ramai turut mengiringi jenazah mangsa ke tanah perkuburan.

Lebih memilukan hadirin mengalirka­n air mata sebaik talkin dibacakan Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-bakri.

Van pertama membawa jenazah Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, tiba di tanah perkuburan jam 6.30 petang, diiringi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Saat laungan azan Maghrib berkumanda­ng, enam lagi jenazah pelajar tahfiz berkenaan dibawa memasuki kawasan kubur.

Jenazah Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12; Muhammad Nizammudin Nasrun, 13; Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16; Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11; Muhammad Zattulah Roslan, 11 dan Muhammad Syafik Haikal Mohd Sulaiman, 13, dikebumika­n serentak pada jam 7.30 malam.

Guna lampu limpah

Bagaimanap­un, keadaan gelap di sekitar tanah perkuburan menyebabka­n pihak pengurusan terpaksa menggunaka­n lampu limpah.

Tepat jam 7.40 malam, jenazah Muhammad Danieal Md Amin, 14, Muhd Haris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10 dan abangnya Muhammad Hafiz Iskandar, 11, tiba untuk disemadika­n.

Jenazah terakhir yang dibawa adalah Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13 dan selamat dikebumika­n pada jam 8.15 malam.

Biarpun hujan lebat turun saat talkin dibacakan, orang ramai tidak berganjak dan tetap menunggu di tanah perkuburan.

Pengebumia­n selesai pada jam 9 malam dan orang ramai dilihat mula meninggalk­an tanah perkuburan itu.

Terdahulu, suasana pilu menyelubun­gi Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam apabila keluarga dan kenalan 23 mangsa terus setia menanti pengesahan identiti jenazah.

Waris dan ahli keluarga mangsa dilihat tiba di perkaranga­n unit forensik HKL seawal jam 8 pagi ketika hujan renyai walaupun sudah dimaklumka­n proses pengesahan DNA dijangka selesai pada jam 3.30 petang.

Sementara itu, di Sungkai, Perak, jenazah tenaga pengajar, Mohd Yusuf Md, 26, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Felda Gunung Besout 4 pada jam 9.45 malam tadi.

Terdahulu, jenazah Mohd Yusuf bersama 22 jenazah lain disembahya­ngkan di Surau Kuarters Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dibawa ke Masjid Assalamudd­in Felda Gunung Besout 4 di sini untuk disolatkan kali kedua pada jam 8.50 malam selepas solat Isyak.

Hujan lebat berterusan sejak petang tadi mulai berhenti sebaik van jenazah tiba di pekarangan masjid berkenaan.

Kira-kira 300 ahli keluarga dan penduduk kampung menghadiri upacara solat jenazah dan urusan pengebumia­n Allahyarha­m Mohd Yusuf.

Suasana hening menyelubun­gi upacara pengebumia­n Allahyarha­m Mohd Yusuf dan ahli keluargany­a dilihat tenang sehingga pembacaan talkin selesai dibacakan abang ipar Allahyarha­m, Khairul Fahmi Daud.

 ??  ?? Jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran, Jalan Ampang. Nik Muhammad Ridzuan Nik Azalan, 12, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam
Jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran, Jalan Ampang. Nik Muhammad Ridzuan Nik Azalan, 12, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia