Berita Harian

Saksi di seberang jalan rasa bahang api

-

Kuala Lumpur: “Api yang dilihat kecil pada mulanya, menjadi marak hanya dalam beberapa saat,” kata seorang saksi terawal kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, awal pagi kelmarin.

Norsuhaiza­h Jumaat, 32, yang juga menetap di hadapan pusat tahfiz berkenaan berkata, asap tebal keluar dari tingkap pusat tahfiz itu menggambar­kan keadaan bertambah teruk dalam minit pertama kebakaran bermula.

Katanya, beliau yang ketika itu berada di seberang jalan dapat merasai bahang kebakaran terbabit.

Nampak cahaya api

Beliau berkata, dia menyedari kebakaran itu selepas mendengar jam penggera berbunyi pada jam 5.31 pagi.

“Sejurus itu, saya dengar bunyi bising di luar rumah, buka tingkap nampak cahaya api dari seberang jalan.

“Ketika itu, saya nampak pelajar berkenaan menjerit ‘api, api’, ‘tolong, tolong.

“Saya yang panik terus menjerit sekuat hati ‘lari, lari’,” katanya ketika ditemui BH di pusat tahfiz berkenaan, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Norsuhaiza­h berkata, dia ternampak beberapa pelajar tahfiz terbabit menyelamat­kan diri melalui tingkap dan corong paip berwarna putih.

Terjun dari bumbung

Malah, katanya, ada yang terjun dari bumbung pusat tahfiz itu.

Beliau berkata, dia melihat kejadian itu sambil menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

 ??  ?? Norsuhaiza­h Jumaat
Norsuhaiza­h Jumaat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia