Berita Harian

Mimpi dialami Sapiah petanda hilang tiga cucu serentak

-

Kuala Lumpur: “Saya mimpi ada orang kasi tiga ekor ayam putih tapi saya tak nak.

“Saya minta tukar ayam warna lain”. Mimpi dialami Sapiah Harun, 70, beberapa hari lalu kini ditafsir sebagai petanda kehilangan tiga cucu serentak dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, kelmarin.

Beliau mengakui asyik teringat mimpi itu dan berasa tidak sedap hati kerana warna putih kerap membawa maksud kurang baik.

Kebimbanga­nnya menjadi kenyataan apabila mendapat tahu mengenai kebakaran berkenaan pada jam 1 tengah hari semalam dan tiga cucu kesayangan­nya terkorban.

Telefon nenek

Tiga beradik iaitu Muhd Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13; Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd Harris Ikhwan, 10, adalah antara 21 pelajar yang meninggal dunia dalam tragedi berkenaan, selain dua warden asrama.

Sapiah berkata, Muhd Syafiq Haikal menghubung­inya melalui telefon Rabu lalu.

“Dia sebut teringin tinggal bersama saya musim cuti sekolah nanti sebab ketika itu musim rambutan,” katanya sambil menahan kesedihan.

Jemaah tinjau pusat tahfiz

Sementara itu, ratusan jemaah mengambil kesempatan meninjau pusat tahfiz itu selepas solat Jumaat di surau, Al Madarsatul Ittifaqiya­h, bersebelah­an bangunan yang terbakar, di sini.

Mereka meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi melihat sendiri keadaan pusat tahfiz itu selepas kejadian semalam meragut 23 nyawa.

Pengunjung turut dilihat memberikan kata-kata semangat dan sumbangan kepada wakil pusat tahfiz berkenaan.

Sementara itu, ahli jawatankua­sa surau berkenaan mengumumka­n akan menguruska­n sumbangan orang ramai ke pihak tahfiz menerusi akaun bank CIMB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia