Berita Harian

Audit semua pusat tahfiz: GPMS

Proses perlu babit aspek keselamata­n, kewangan, kokurikulu­m

-

Pusat tahfiz perlu melalui proses pengaudita­n bagi memperkasa sistem pendidikan agama.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS), Zambri Mohd Isa, berkata proses audit itu membabitka­n aspek keselamata­n, kewangan, kokurikulu­m dan semakan latar belakang tenaga pengajarny­a.

Katanya, sudah tiba masa pusat tahfiz disemak sepenuhnya bagi mengelak ia dimanipula­si selain memastikan matlamat kewujudann­ya tercapai.

“GPMS mencadangk­an supaya semua pusat tahfiz diaudit terutama dari aspek keselamata­n bagi membendung sebarang kemalangan seperti yang berlaku barubaru ini dan tragedi yang mengorbank­an 27 nyawa di Kedah hampir 30 tahun lalu.

“Bukan sahaja audit keselamata­n, semua perlu diaudit termasuk bagaimana ia menjana pendapatan dan kewangan, kokurikulu­m serta guru yang mengajar di situ,” katanya ketika dihubungi, semalam. Presiden GPMS

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Dato Keramat di sini, yang mengorbank­an 23 nyawa kelmarin.

Garis panduan lebih jelas

Zambri berkata, kerajaan perlu menubuhkan badan pengelola peringkat kebangsaan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memantau operasi pusat tahfiz seluruh negara.

“Sedangkan pusat asuhan kanakkanak perlukan lesen untuk beroperasi, inikan pula institusi tahfiz. Pusat tahfiz perlu ada garis panduan yang lebih jelas dan melalui proses penguatkua­saan supaya ia menjadi lebih sistematik.

“Walaupun usaha menubuhkan institusi tahfiz murni, ia harus mengikut piawaian dan diteliti secara menyeluruh dari pelbagai aspek,” katanya.

Katanya, GPMS akan menganjurk­an perbincang­an meja bulat dengan pertubuhan bukan kerajaan dan pengusaha pusat tahfiz sebagai usaha memantapka­n peranan institusi berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan BH semalam.
Keratan BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia