Berita Harian

Tabung Kemanusiaa­n Rohingya MPB terima RM58,000

Sumbangan diperoleh daripada Persatuan Superbiker­s Malaysia, Kelab KDN

- Oleh Nazura Ngah nazura_ngah@bh.com.my Kuala Lumpur

Tabung Kemanusiaa­n Rohingya Media Prima Berhad (MPB) yang dilancarka­n November tahun lalu, menambah dana menerusi sumbangan RM58,000 daripada Persatuan Superbiker­s Malaysia (SAM) dan Kelab Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Daripada jumlah itu, SAM menyumbang RM38,000 manakala baki RM20,000 disumbangk­an Kelab KDN.

Sumbangan disampaika­n Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Menteri Dalam Negeri kepada Pengerusi Kumpulan MPB, Tan Sri Ismee Ismail semalam.

Majlis penyerahan sumbangan itu dibuat sempena sesi Dialog Perdana Transforma­si Nasional 2050 (TN50) Kluster Keselamata­n di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini.

100 NGO hadir sesi dialog

Sesi dialog perdana yang disertai lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Tabung Kemanusiaa­n Rohingya MPB diwujudkan bagi membantu masyarakat Rohingya menerusi aspek bantuan dan sokongan perubatan serta misi kemanusiaa­n.

Pada 3 Mei lalu, tabung kemanusiaa­n itu menyumbang RM20,000 dalam bentuk bekalan makanan kepada etnik berkenaan yang ditindas dan dizalimi ketika misi ‘Food Flotilla for Myanmar’ anjuran Kelab Putera 1Malaysia, Majlis Perundinga­n Islam Malaysia dan Turkiye Diyanet Vakfi.

Turut salur kepada Mercy

Tabung Kemanusiaa­n Rohingya MPB turut menyumbang sebanyak RM735,655.45 kepada Mercy Malaysia yang mengendali­kan perkhidmat­an penjagaan kesihatan di Myanmar bagi membantu masyarakat Rohingya mendapatka­n bantuan perubatan pada 4 Julai lalu.

Orang ramai yang ingin menyumbang ke Tabung Kemanusiaa­n Rohingya MPB boleh berbuat demikian dengan menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank 5642-7652-2630.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Ahmad Zahid menyampaik­an replika cek daripada Kelab KDN bagi Tabung Kemanusiaa­n Rohingya Media Prima kepada Ismee (kiri) sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim (kanan) di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak,...
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Ahmad Zahid menyampaik­an replika cek daripada Kelab KDN bagi Tabung Kemanusiaa­n Rohingya Media Prima kepada Ismee (kiri) sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim (kanan) di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia