Berita Harian

KHAZANAH, KWSP

Cadangan pelaburan di luar negara dibuat teliti

- Oleh Shahrizan Salian

Khazanah Nasional Bhd mengamalka­n proses penilaian dan pengesanan yang ketat terhadap semua cadangan pelaburan, termasuk membabitka­n penelitian terperinci dan pelbagai laluan masuk pelaburan sebelum dihantar kepada Lembaga Pengarah untuk dipertimba­ng serta diluluskan.

Secara keseluruha­n, penjanaan nilai jangka panjang daripada portfolio pelaburann­ya kekal stabil, dengan portfolio Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) Khazanah meningkat 3.1 kali ganda,atau berkembang pada kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul (CAGR) 9.3 peratus setahun, dalam tempoh Mei 2004 hingga 31 Disember 2016.

“Sejajar dengan mandat kami sebagai sebagai dana pelaburan strategik yang menjana nilai jangka panjang untuk Malaysia melangkaui pelbagai sektor dan geografi, Khazanah akan terus meneroka peluang pelaburan di Amerika Syarikat (AS), dengan tumpuan terutama kepada sektor inovasi serta teknologi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sayap pelaburan kerajaan itu merujuk kepada beberapa laporan berita dan kenyataan berhubung pelaburann­ya di AS, susulan lawatan rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negara berkenaan.

Pelaburan Khazanah di AS

Kenyataan itu berkata, sejajar dengan dasarnya untuk mempelbaga­ikan secara progresif portfolio pelaburan di luar negara, Khazanah membuka Khazanah Americas Incorporat­ed di San Francisco pada September 2013, dengan tumpuan terhadap sektor inovasi dan teknologi.

Katanya, pejabat San Francisco adalah pejabat luar negara Khazanah kelima di luar negara selain Beijing, Mumbai, Istanbul dan London.

“Sehingga kini, Khazanah membuat 15 pelaburan bernilai kira-kira AS$410 juta (RM1.71 bilion) di AS, terutama di dalam sektor teknologi.

“Pelaburan kami di AS merangkumi 1.3 peratus portfolio Nilai Aset Boleh Direalisas­i (RAV) bernilai RM145.3 bilion setakat 31 Disember 2016,” katanya.

Ketika kunjungann­ya ke AS minggu ini, Perdana Menteri mengumumka­n Khazanah merancang untuk menambah pelaburan sedia adanya di negara itu daripada AS$450 juta sekarang.

Jaminan KWSP kepada pencarum

Dalam kenyataan berasingan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut menjamin 14 juta pencarumny­a bahawa semua cadangan pelaburan diteliti secara menyeluruh.

Ia juga menegaskan hanya akan melabur di dalam aset yang sepadan dengan profil pulangan risikonya, sebelum dihantar kepada panel pelaburan.

Dana persaraan pekerja swasta itu berkata, ketika mempertimb­angkan sebarang keputusan pelaburan, ia mengikuti proses yang memerlukan­nya melalui jawatankua­sa pengurusan terlebih dulu dan ketika inilah cadangan diteliti sejajar dengan strategi mempelbaga­ikan pelaburan jangka panjangnya.

Katanya, ia juga sejajar dengan mandat KWSP untuk mengembang­kan simpanan persaraan pencarum dengan melabur hanya di dalam aset yang menepati risiko pelaburan.

“Kelulusan akhir kemudian diperoleh daripada panel pelaburan, terdiri daripada anggota kanan pengurusan KWSP, profesiona­l industri dan kerajaan,” katanya.

Sebagai sebuah badan berkanun, KWSP berkata, ia ditadbir urus oleh Lembaga Pengarah yang ahlinya termasuk wakil daripada majikan, pekerja, profesiona­l industri dan kerajaan.

“Lembaga Pengarah memberi jaminan bahawa KWSP melaksanak­an tanggungja­wabnya untuk melindungi kepentinga­n semua 14 juta pencarum,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia