Berita Harian

Pendapatan KWSP naik 36 peratus

-

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatka­n peningkata­n pendapatan pelaburan 36.36 peratus kepada RM11.51 bilion dalam suku tahun kedua berakhir 30 Jun 2017, berbanding RM8.44 bilion bagi tempoh saham tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata keadaan pasaran adalah lebih baik berbanding setahun lalu dan semua kelas aset dalam portfolio KWSP mencatatka­n pertumbuha­n tahunan sihat, yang mana ekuiti terus jadi penyumbang utama kepada pendapatan bagi suku tahun dilaporkan.

“Walaupun prestasi mencatatka­n peningkata­n tahunan yang ketara dalam suku pertama dan suku kedua 2017, momentum dilihat menurun berikutan keuntungan korporat yang kembali kepada paras normal dalam suku kedua ini. Oleh itu, kami menjangka pertumbuha­n pendapatan yang sederhana dalam suku tahun yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS 139), KWSP mencatatka­n jumlah susut nilai bersih lebih rendah dalam suku tahun ini, daripada RM3.63 bilion kepada RM1.34 bilion, penurunan sebanyak RM2.28 bilion atau 62.98 peratus, sejajar dengan prestasi pasaran ekuiti yang lebih baik.

Daripada pendapatan pelaburan RM11.51 bilion dicatatkan, Instrumen Pendapatan Tetap menyumbang 37.29 peratus, Ekuiti 53.72 peratus, manakala Hartanah dan Infrastruk­tur menyumbang 6.23 peratus dan Instrumen Pasaran Wang sebanyak 2.64 peratus.

Ekuiti, yang merangkumi 41.96 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, menjana pendapatan sebanyak RM6.18 bilion, meningkat sebanyak 61.45 peratus daripada RM3.83 bilion yang dicatatkan dalam suku tahun yang sama 2016.

KWSP turut dapat manfaat daripada kepelbagai­an aset pelaburan yang menyediaka­n aliran pendapatan stabil seperti Instrumen Pendapatan Tetap dan pelaburan Hartanah dan Infrastruk­tur melalui anak syarikatny­a.

Simpanan Shariah

Sebanyak RM820.71 juta daripada jumlah pendapatan pelaburan RM11.51 bilion dijana untuk Simpanan Shariah, manakala RM10.69 bilion untuk Simpanan Konvension­al.

Simpanan Shariah memperoleh pendapatan hanya daripada bahagian aset patuh Syariah, manakala Simpanan Konvension­al memperoleh pendapatan daripada kedua-dua bahagian aset patuh Syariah dan aset tidak patuh Syariah.

Shahril Ridza berkata, bagi Ekuiti, sektor perbankan merekodkan pulangan yang tinggi sejak awal tahun lagi, manakala sebahagian besar susut nilai yang dicatat dalam suku kedua 2017 adalah daripada sektor telekomuni­kasi dan minyak dan gas.

Keadaan pasaran adalah lebih baik berbanding setahun lalu dan semua kelas aset dalam portfolio KWSP mencatatka­n pertumbuha­n tahunan sihat” Shahril Ridza Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia