Berita Harian

Negara ITRC setuju perluas guna domestik getah asli

-

Malaysia, Thailand dan Indonesia bersetuju untuk memperluas­kan lagi penggunaan domestik getah asli bagi menangani ketidaksta­bilan harga komoditi itu dan lebihan stok di pasaran.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata ia adalah antara persetujua­n yang dicapai ketika mesyuarat Jawatankua­sa Menteri Majlis Getah Tiga Pihak Antarabang­sa (ITRC) yang dianggotai ketigatiga negara itu berlangsun­g di Bangkok, semalam.

Diterajui Malaysia

“Malaysia berada di hadapan dalam penggunaan domestik getah asli dan Thailand serta Indonesia akan mengikut jejak Malaysia untuk memperluas­kan lagi penggunaan domestik getah asli mereka,” katanya selepas mesyuarat itu.

Beliau berkata, ketika ini, penggunaan domestik getah asli Malaysia mencecah 75 peratus dan akan terus meningkat kepada 80 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

Mesyuarat Jawatankua­sa Menteri ITRC itu dipengerus­ikan Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, Jen Chatchai Sarikulya.

Selain Siew Keong, mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Perdaganga­n Indonesia, Enggartias­to Lukita serta anggota Lembaga Pengarah Konsortium Getah Antarabang­sa (IRCO).

Usaha tingkat penggunaan

Menurut Siew Keong, ketigatiga negara juga bersetuju untuk membina lebih banyak jalan raya menggunaka­n getah, selain memperting­katkan penggunaan getah asli dalam pelbagai sektor lain seperti pengangkut­an dan infrastruk­tur.

Malaysia katanya, adalah negara model bagi pembinaan jalan raya menggunaka­n getah.

Ketika mesyuarat itu, ketigatiga negara turut menyasarka­n usaha meningkatk­an penggunaan getah asli pada peringkat domestik masingmasi­ng sebanyak 10 peratus setiap tahun.

Bagi Malaysia, Siew Keong berkata, kestabilan harga getah asli adalah amat penting, selari dengan hasrat yang disuarakan lebih 400,000 pekebun kecil getah ketika siri dialog bersama mereka.

“Kita tidak mahu harga turun naik secara mendadak. Kita mahu harga stabil kerana itulah hasrat pekebun kecil,” katanya sambil menambah, bahawa harga getah asli dijangka meningkat tahun depan daripada paras RM1.60 hingga RM2 sekilogram ketika ini.

Vietnam anggota baharu

Selain itu, Siew Keong berkata, ITRC juga bersetuju menerima Vietnam sebagai anggota terbarunya, sekali gus menjadikan 80 peratus daripada output getah dunia adalah dihasilkan oleh negara ITRC.

Malaysia adalah negara pengeluar getah keenam terbesar dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia