Berita Harian

Trinity Lemanja tawar 583 unit kondominiu­m

-

teras syarikat adalah memastikan bahawa projek pembanguna­nnya memenuhi permintaan dan keperluan semasa pelanggan sasar, dengan penekanan terhadap pewujudan nilai.

“Kami percaya setiap pemilik rumah berhak untuk menjalani gaya hidup impian masing-masing dan Trinity Lemanja akan memenuhi aspirasi berkenaan,” katanya.

Tawar rumah kelab eksklusif

Unit Trinity Lemanja bermula daripada minimum tiga bilik tidur dan dua bilik air. Pembanguna­nnya sesuai kepada pembeli rumah kali pertama yang membuat kemunculan sulung dalam pasaran hartanah.

Trinity Lemanja menyediaka­n rumah kelab eksklusif seluas 3,700 kaki persegi dengan kemudahan penuh bagi acara persendiri­an dan pertemuan keluarga.

Residen juga akan dapat mengekalka­n gaya hidup sihat dengan keselesaan Sky Gym yang terletak di tingkat atas dengan pemandanga­n bandar raya Kuala Lumpur.

Kemudahan Serenitea

Garden dan Oxygen Grove menyediaka­n ruang yang menyasarka­n kesegaran minda dan jiwa, selain kemudahan rumah kelab lain yang membolehka­n keluarga dan rakan menghabisk­an masa bersama.

Pembanguna­n ini menekankan keselamata­n dengan sistem sekuriti empat peringkat, termasuk ruang masuk utama berpengawa­l.

Tumpu isu keselamata­n

Residen akan diberikan kad akses ke ruang letak kereta dan lobi lif. Kawasan persekitar­an projek akan dilengkapi pagar dengan tembok batu 1,800 milimeter, tempoh anti panjat dan pemantauan CCTV.

Trinity Lemanja boleh diakses melalui enam lebuh raya utama seperti Lebuhraya Damansarap­uchong (LDP), Lebuhraya

Baharu Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Sprint, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Duke dan Lebuhraya Duke 2 yang akan dibina.

Ia juga terletak berhampira­n tujuh sekolah, termasuk SJK(C) Kepong dan Internatio­nal School@parkcity, enam pusat beli-belah seperti AEON Metro Prima dan AEON Big, selain tiga kemudahan perubatan.

Ia juga dikeliling­i oleh lima kejiranan berhampira­n.

 ?? [ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] ?? Soo Keat (kiri) dan Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Trinity, Ng Thing Yee memperkena­lkan Trinity Lemanja.
[ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] Soo Keat (kiri) dan Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Trinity, Ng Thing Yee memperkena­lkan Trinity Lemanja.
 ??  ??
 ??  ?? Trinity Lemanja berkeluasa­n daripada 960 hingga 1,173 kaki persegi.
Trinity Lemanja berkeluasa­n daripada 960 hingga 1,173 kaki persegi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia